Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, Jun 13, 2015

Pakatan Rakyat tidak bermakna lagi setelah PAS putuskan hubungan dengan DAP

Pada pendapat atuk Pakatan Rakyat sudah pun mati setelah PAS memutuskan hubungan dan kerjasama nya dengan DAP. PAS tidak perlu berdolak-daleh lagi tentang keputusan nye itu. Hingga kini PAS masih lagi berkata bahawe keputusan nye itu belum lagi muktamat.

Atuk pelik juga apebile PAS berkate demikian, sedangkan ianye sudah diputuskan dalam muktamar PAS ke-61 dengan sebulat suare dan tanpa bahasan. 

Sekarang ni nampaknye PAS dah jadi macam 'gile talak' pule......


Pacu peranan perkukuh Pakatan Rakyat demi negara

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | 13 Jun 2015.




Pakatan Rakyat adalah harapan rakyat di mana ia adalah alternatif terhadap BN. Maka, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) komited untuk bersama dengannya dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti pengurusan ekonomi mapan, pengurusan budaya kerja cemerlang, berintegriti dan seumpamanya.

Adapun, perkara melibatkan dasar perjuangan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat perlulah dihormati dan dilaksanakan selaras kerangka demokrasi Raja Berperlembagaan yang menjadi teras kepada negara ini.
PAS yang turut berada dalam kerajaan negeri di bawah seliaan Pakatan Rakyat adalah atas tanggung jawab sebagai anggota bersama di mana kemenangan pada PRU13 lalu merupakan hasil kerjasama semua parti komponen Pakatan Rakyat.

Tidak sepatutnya ada parti di dalam Pakatan Rakyat boleh mendabik dada bahawasanya kemenangan pada PRU lalu adalah dari usaha mereka sendiri sahaja.

Oleh demikian, setiap parti wajib menyumbang dengan jujur dan cemerlang dalam menyelaras pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat bagi menambah keyakinan rakyat terhadap koalisi ini.

Berhubung usul Dewan Ulamak PAS Pusat pada muktamar baru-baru ini, ia terserah kepada Majlis Syura Ulamak PAS (MSU). Selari dengan Perlembagaan PAS, perkara seperti itu adalah terletak di bawah penelitian kuasa MSU.

Sebagaimana kita diajar untuk berintegriti dalam pengurusan negeri dan negara melalui kerangka demokrasi Raja Berpelembagaan, seharusnya jugalah DAP menghormati dasar dan ketetapan yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

Kita perlu terus maju dan memperkukuhkan pakatan ini bagi menangani segala krisis ekonomi dan sosial yang wujud kerana ketiadaan integriti dan tanggung jawab BN dalam mentadbir negara.

Kerapuhan yang wujud kerana ketidaksabaran dan tiadanya penghormatan terhadap dasar parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat hanya akan menambahkan kegelisahan rakyat dan menyebabkan mereka semakin merana terhadap kezaliman Kerajaan Umno BN.

Seluruh penyokong dan ahli PAS diseru bertenang serta memberi thiqah kepada kepimpinan untuk menangani situasi ini. Yakinlah pimpinan berupaya merungkai perkara ini dengan hikmah dan terbaik untuk semua sesuai dengan kematangan pengalaman PAS di medan siyasah selama ini.

MSU juga diharap dapat segera untuk bersidang agar kesulitan yang berlaku dapat dijelaskan kepada rakyat dan seterusnya segala tenaga dan kekuatan ditumpukan kepada usaha penyelesaian masalah ummah dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,