Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Jun 12, 2015

Ketua Pemuda ni dah terlebih minum rebusan air daun ketum ........ ?

Atuk pelik juge bile baca hujah dari ketua Pemuda PAS ni.... ade ke logik die pule yang mencabar DAP sypaye putuskan hubungan dengan PAS.

Ape bende nye yang DAP nak putuskan lagi? Kan ke PAS yang dah putuskan hubungan nye dengan DAP pade Muktamar PAS? Makne nye dah putus lah tu.

Sebenarnye PAS yang tak tak tau malu dan tak bermaruah, DAP dah pun 'halau' semue orang2 PAS dari memegang sebarang jawatan dalam negeri perintahnye, tapi malang nye masih berdegil tak mau keluar -masih berdolak-daleh.

DAP tolong jadi jantan, ceraikan PAS secara terbuka, kata ketua Pemuda


Published: 12 June 2015 1:48 PM

Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz cabar DAP isytihar 'cerai' secara rasmi terhadap parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.PAS sekali lagi mencabar parti sekutunya DAP untuk mengisytiharkan secara terbuka memutuskan kerjasama antara mereka secara rasmi, sama seperti apa yang dilakukan parti Islam itu.

Ketua Pemuda PAS yang baharu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa DAP tidak berani membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama apabila dilihat sering kali menekan parti Islam itu.

"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"'Come on' lah DAP, jadilah jantan juga. Pilih, 'be gentleman, cool' macam PAS atau berterus terang je.. tolak PAS," katanya seperti yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Malah Nik Abduh juga dilihat menyindir keras DAP dengan mengumpamakan krisis yang berlaku antara mereka seperti keadaan pasangan suami isteri yang ingin bercerai.

"Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. tak pasal-pasal si anak dara @PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) tu kena kutuk.

"Saya jadi perasaan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh tu," sindir anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Krisis antara PAS dan DAP semakin meruncing apabila parti Islam tersebut bertindak meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan parti sekutu mereka pada muktamar minggu lepas.

Meskipun memutuskan kerjasama dengan DAP, namun PAS tetap mengekalkan hubungan kerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Tindakan itu membawa kepada beberapa peletakan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang oleh beberapa pemimpin PAS daripada golongan profesional yang kalah semasa pemilihan itu.

Bagaimanapun, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul tersebut meskipun diluluskan tanpa bahas di muktamar, keputusannya masih belum dimuktamadkan.

Rabu lalu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi kata dua kepada PKR untuk memilih antara bekerjasama sama ada dengan PAS atau DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri. – 12 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tolong-jadi-jantan-ceraikan-pas-secara-terbuka-kata-ketua-pemuda#sthash.gLUwM0Jk.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,