Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Disember 15, 2014

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS INSAF DIRI...'updated'

"Sudah terang lagi mau bersuluh".... inilah satu perbahase yang selalu digunekan oleh orang tue-tue di zaman dahulu. Selalu nye peribahasa ni di tujuk kepade se-seorang yang susah nak terime kenyataan.

Atuk pelek juge dengan sikap pemimpin2 PAS ni. Susah sangat ke nak faham maksud ucapan dari pemimpin DAP ni. Sebelum ini pun perkare ni sudah dilaungkan oleh mendiang Karpal Singh..."Over my dead body" katanye kalau PAS mahu laksanekan Hudud.

Pade fikiran atuk pemimpin2 PAS ni sudah hilang punce dan dah tak tau nak kemane hale yang mahu di tujunye. Walaupun dah berkali-kali DAP telah menyuarekan sikap nye yang anti Hudud secare terang dan jelas, tapi malang nye pemimpin2 PAS ni buat pekak-tuli aje.

Kaum melayu/Islam harus sedar.......melayu/Islam pasti akan musnah jika PAS terus bersengkokol dengan DAP. Kini sudah tiba masenye melayu/Islam tinggalkan perjuangan PAS yang sie-sie itu.

 

Khamis, Disember 11, 2014

Kalau masih sayangkan UMNO akui segala kesalahan dan kesilapan........




Ini adalah posting yang pertama Atuk tulis selepas PAU yang baru lepas. Atuk rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan tentang PAU tersebut.

Jika di pandang-dengar segala ucapan2 dari para perwakilan dan pemimpin2 Atuk dapati ianya sangat kurang daya usaha yang boleh menjurus kepada kebangkitan UMNO yang mungkin dianggap semakin layu.

Sejak dari PRU 11 permulaan kemerosotan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO, tidak ada nampak usaha2 yang ber sungguh2 dan yang berkesan untuk memulihkan kemerosotan itu.

Hingga kini UMNO/BN boleh dikatakan seperti "telur di hujung tanduk". Ini telah diakui sendiri oleh TPM dalam ucapan nya -jika undi/sokongan terhadap UMNO/BN menurun 2% maka kerajaan yang di terajui oleh UMNO ini boleh tumbang.

Pada hemat atuk, UMNO sukar untuk kembali gemilang selagi masih ada pemimpin2 yang 'bermasalah' berada dipucuk pimpinan UMNO. UMNO harus dibersihkan dengan cara mengeluarkan semua pemimpin2 yang 'bermasalah' ini secara total.

Tugas paling berat seterus nya ialah mengembalikan sokongan dari kaum bukan melayu terutamanya kaum cina dan india untuk bersama Barisan Nasional. UMNO/BN akan terus menghadapi jalan sukar jika masalah2 ini masih gagal diatasi.