Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Oktober 31, 2014

Ini lah bukti nyate negare kite lebih maju dari negare2 jiran kite......


CARA BERTANI BANJAR MALAYSIA BEDA DARI BANUA
Oleh Hasan Zainuddin
Banjarmasin, 30/10 (Antara) - Cara bertani sawah warga Suku Banjar yang berada di beberapa wilayah negeri di Negara Malaysia sudah jauh berbeda bila dibandingkan cara tradisional bersawah khas Banjar di Banua atau Kalimantan Selatan, Indonesia.
"Mereka warga Banjar Malaysia sudah menggunakan sistem modern, semua sudah menggunakan mekanik," kata Abdussamad Thalib, Pembantu Dekan Dua, Fakultas ...
Continue Reading
LikeLike ·  · 

Khamis, Oktober 30, 2014

Kejatuhan Al-Andalus

TOTAL VISITORS FROM 2008:
13,357,651
Written by chedet

1. Pada abad kedua hijrah pasukan Islam dari utara Afrika berjaya menyeberangi terusan yang kini dipanggil Straits of Gibraltar dan menakluk Semenanjung Sepanyol (Iberia). Dibawah pimpinan Tariq, pasukan Islam dapat mengalahkan pasukan Sepanyol dan Portugis.

2. Selama 800 tahun Islam berkuasa di Semenanjung yang dikenali sebagai Al-Andalus oleh Arab.

3. Tetapi orang Islam di Al-Andalus berpecah selepas pemerintahan Abdul Rahman Ke-3. Ketua-ketua Wilayah bersikap bebas dan Al-Andalus berpecah kepada beberapa negeri kecil. Negeri-negari ini sering bermusuh sesama mereka dan berperang.

4. Dalam peperangan antara negeri-negeri Islam ini, ada yang meminta pertolongan orang Kristian Sepanyol yang memiliki tentera yang kuat. Pihak yang bersubahat dengan Sepanyol dapat menewaskan musuh Islam mereka. Tetapi pihak Sepanyol merebut pemerintahan wilayah yang ditawan. Negeri Islam yang mendapat pertolongan Sepanyol tidak dapat membuat apa-apa kerana mereka lemah.

5. Dengan cara membantu pemerintah-pemerintah wilayah Islam yang bermusuh sesama mereka, akhirnya Sepanyol dapat merampas balik seluruh Semenanjung.

6. Yang terakhir ialah Wilayah Granada. King Ferdinand dan Queen Isabella berjaya mengalahkan dan menakluk Granada. Dengan ini tamatlah sejarah Semenanjung Iberia sebagai Negara Islam.

7. Orang Islam dan Yahudi di Granada diberi tiga pilihan. Mereka boleh kembali ke Afrika Utara, atau memeluk agama Kristian Katholik atau mereka dibunuh.

8. Inilah hasil “tahaluf siyasi” orang Islam dengan orang yang lebih kuat dari mereka.

9. Apakah ada pelajaran yang boleh didapati dari sejarah Islam di Semenanjung Sepanyol.

Ahad, Oktober 26, 2014

Bile Anwar kepenjare, pasti berlaku 'bunuh membunuh' di antare pemimpin2 atasan PKR........


Atuk tak nak komen panjang2 tentang pemergian Anwar kepenjare ni. Kerane ianye belum tentuk pasti lagi selagi kite belum mendapat keputusan muktamat dari mahkamah.

Tapi nampak nye ramai pule yang dah meramalkan Anwar tu pasti ke penjare juge. Ramalan ini pule nampak nye telah terkeluar dari mulut Anwar sendiri.

Sepatut nye Anwar sudah pun bersedie dengan pengganti nye jike sekire nye ia benar2 kepenjage jike gagal dalam kes rayuan nye itu.

Sekarang ni dah mule nampak pemimpin2 atasan PKR ni menunjukkan bayang2 mereke berminat untuk menduduki tempat Anwar tu.

Jike sekire nye ini benar2 berlaku, make kecuh semule lah Pakatan Rakyat ni.

Khamis, Oktober 23, 2014

Lagi video sex berkaitan orang ternama........ pendakwah bebas terkenal tanah air?

Video seks lelaki mirip penceramah bebas popular pula tersebar


SHAH ALAM: Sebuah video seks yang memaparkan seorang lelaki mirip pendakwah bebas terkenal tanah air ustaz Azhar Idrus kini tersebar luas di internet sejak malam tadi.
Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip ustaz Azhar dalam keadaan intim dengan seorang wanita.

Anehnya, lelaki itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila dia dikesan melirik tepat kepada kamera.

Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan penyebaran gambar dan rakaman berkenaan yang mereka sifatkan sebagai usaha jahat untuk memalukan individu tersebut.

Penceramah bebas ini suatu ketika dahulu mencetus fenomena apabila berjaya menarik ribuan orang untuk mengikuti program ceramah agamanya.

Penyampaiannya yang bersahaja diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena, mencuit hati penonton yang hadir.

Beliau juga berkemampuan menjawab soalan-soalan bersabit hukum-hakam agama secara spontan.

Sehingga berita ini ditulis ustaz Azhar belum menafikan penglibatannya dalam rakaman video itu.

...mengape PAS minta Nurul Izzah bertaubat.......?

Dari sini punca nya......


Dewan Ulama PAS Seru Nurul Izzah Bertaubat


Jika sebelum ini Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan orang ramai yang menjayakan kempen kontroversi ‘saya mahu sentuh anjing’ yang berlangsung pada 19 Oktober lepas sebagai idea pelik oleh golongan yang tak berotak yang ada cuma ulat dalam kepala, kali ini giliran Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) pula menyuarakan bantahannya.

Dalam kenyataan rasminya, DUPP menyimpulkan penganjuran program seumpama itu sebagai sebahagian dari agenda halus untuk meliberalkan amalan syariat dan pemikiran umat Islam dan lebih menarik lagi turut menyeru kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin politik beragama Islam yang menyokong kempen itu supaya segera bertaubat.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan kempen menyentuh anjing adalah bercanggah dengan Syariat dan Akhlak Islam. Justeru semua pihak yang terlibat sama ada menganjurkannya atau menjadi peserta diseru kembali bertaubat kepada Allah.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga menegaskan kepada pemimpin politik Islam yang memuji dan menggalakkan penganjuran program seumpama itu agar bertaubat kepada Allah dan jangan dimulakan suatu ikutan yang tidak baik kepada masyarakat Islam,” demikian penegasan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2014 itu disampaikan oleh Ketua Penerangannya Ustaz Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri dan hari ini sebahagian point utamanya turut disiarkan dalam liputan Utusan Online.

Nurul Izzah - I Want To Touch A Dog

Seruan supaya bertaubat itu walaupun tidak dinyatakan secara spesifik siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, mungkin untuk menjaga sensitiviti rakan sepakatan dalam PR atau yang berkaitan barangkali.

Namun bagi kebanyakan khalayak umum yang mengikuti isu ini ramai yang menjangkakan ia berkait rapat dengan sokongan terbuka anak perempuan Ketua Umum PKR terhadap penganjuran program tersebut.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Bt Anwar Ibrahim dalam laman twitternya dipetik sebagai berkata, “Islam juga adalah tentang kasih sayang. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang hadir”.

Kenyataan itu difahami umum sebagai manifestasi sokongan Nurul Izzah terhadap kempen tersebut. Dan sokongan itu nampak lebih jelas bila dikaitkan pula dengan kenyataan bersifat promosi oleh Nurul Izzah juga melalui satu lagi tulisannya di twitter sehari sebelum kempen berlangsung.

Penganjur program, Syed Azmi turut berkongsi rasa seronok dan bangga dengan sokongan Nurul Izzah dan dari gaya bahasa yang digunakan di laman sosial facebooknya seperti menceritakan Nurul Izzah pada awalnya ingin turut serta memeriahkan program tersebut namun dibatalkan kemudiannya kerana ada urusan lain di Johor.

Selepas kempen ini menjadi kontroversi besar-besaran sehingga mengundang kritikan ramai pihak termasuk diseru bertaubat oleh Dewan Ulama PAS Pusat, belum dapat dipastikan apa respon Naib Presiden PKR itu mengenainya. Persoalannya, sanggupkah Nurul Izzah menyahut seruan?

 - sumber MYKMU

"Ancaman Bunuh" kunun nye............

Sayap KananSayap kanan

TAKTIK LAPUK TAGIH SIMPATI... JANTAN LEMBUT TERGEDIK YANG ANJUR MARI SENTUH ANJING, MENGADU ADA ORANG NAK BUNUH DIA PULAK..

Dengar kata.., penganjur program sentuh anjing di ibukota tu sekarang ni berada didalam ketakutan ekoran dari ancaman bunuh yang di keluarkan dalam laman media sosial terhadap dirinya.. Mengikut berita dari sebuah portal, penganjur tu sekarang ni dah sembunyikan diri dari orang ramai..

Tahu pulak dia takut ye.. Ingatkan penganjur tu jenis melayu yang berani mati sebab dia sanggup anjur program sentuh anjing untuk orang Islam didalam negara yang agama rasminya adalah Islam.

Tapi kann.., rasanya penganjur tu mungkin sengaja nak cari simpati dari rakyat Malaysia khususnya kaum lain.. Mana taknya.., hidup dia mesti penuh kerisauan selepas program sentuh anjing tu menerima kecaman hebat dari orang melayu seluruh negara..

Malah, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sendiri pun kutuk penganjur tu.. Cuma tinggal Anwar je yang tak keluarkan kenyataan apa-apa.. Mungkin Anwar sibuk buat persediaan nak masuk dalam penjara gamaknya kot..

Berbalik pada kisah penganjur tu tadi.., dikhabarkan kini dia sedang mengasingkan diri selepas menerima banyak kecaman dan ugutan didalam laman Facebook. Hidupnya kini dikatakan tidak tenteram dan kucar kacir dek kerana program "mulia" yang dianjurkannya..

Satu nasihat buat penganjur program tu.., jangan lah takut sangat ye.. Buat biasa dah la sebab tak pernah lagi ada rakyat Malaysia yang kena bunuh hanya kerana anjur program hina Islam..

Lain la kalau penganjur tu buat program sedemikian di Pakistan atau negara-negara arab.., itu sudah pasti akan dicari hingga ke lubang cacing dan akan direjam secara berjemaah oleh orang-orang muslim di negara berkenaan..

Di Malaysia ni orang melayu hanya bersemangat hangat-hangat taik ayam je.. Marahnya cuma dua tiga hari.. Tak percaya? Cuba tengok isu Alvin Tan dan juga Namawee.. Elok je hidup kaya raya sampai sekarang.. Jangan kata bunuh.., jentik pun melayu tak berani tauu...kehkehkeh

Rabu, Oktober 22, 2014

Bila Tuan Guru Nik Aziz bersuare............?



Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.

"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.


Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. Membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. Membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.


Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorang doktor pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?

Atuk cume nak cakap aje.......


Screen shot yang kat atas ni atuk terjumpe dari salah satu laman FB sahabat2 atuk. Pade mulenye atuk agak terkejut apebile ade melayu yang nyokong kempen belai anjing tu.

Setelah atuk amati dengan teliti, rupe2 nye melayu tu sekan2 name seorang pemimpin atau ahli politik yang agak terkenal jugu, maklum le die ni pemimpin parti, ibu bape nye juge pemimpin parti yang agak hebat juge.

Sebenar nye atuk pun tak dapat nak nentukan same ade kempen belai anjing bagi kaum melayu ni sesuai atau pun tidak di Malaysia yang dah termaktup sebagai Negare Islam.

Bagi atuk kalau nak kempen bab anjing ni cukup le dengan sekadar mengesehani dan menyayangi anjing tu sebagai makhluk ciptaan Allah sahaje dan bukan nye sampai memeluk cium anjing tu.


Penganjur 'sentuh anjing' tidak tepati persetujuan - MAIS

BERNAMA | 21 Oktober 2014.


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Beliau berkata menerusi surat penganjur pada 3 Okt lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.

Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.

Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. - Bernama

Tak juge mau insaf lagi.........

Atuk pun pelek juge dengan perangai pemimpin2 PAS, degil tak bertempat, tak tau malu langsung. Atuk yang bukan penyokong parti islam tu pun ade juge terase malu dengan sikap pemimpin2 PAS ni.

Atuk tau bahawe pemimpin2 PAS tersedar yang mereke tu dah tidak diperlukan lagi oleh parti DAP. Dah pun banyak kali pemimpin2 DAP menyuarakan kebencian mereke terhadap PAS. Tapi malang nye pemimpin2 PAS ni dah sememang nye jenis 'tebal kulit muke' nye.

Sebenar nye pemimpin2 PAS ni tersangat takut kehilangan sokongan dari si cine kafir tu. Make inilah yang menyebabkan PAS tak mau berenjak walalaw seinci pun dari buntut DAP tu.

Akan tetapi kali ni PAS terpakse juge terime hakikat bahawe DAP sudah tidak lagi memberi sokongan kepade parti Islam tu.

Atuk yakin kali ni PAS akan menerime padah buruk pade PRU yang akan datang..........

MUKTAMAD: DAP HENTIKAN KERJASAMA KOMUNIKASI DENGAN PKR DAN PAS

Seolah-olah berasakan merekalah yang kuat berbanding rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP dengan keputusan muktamadnya telah menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR.

Biarpun menghentikan kerjasama komunikasi tetapi mereka tetap dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen, berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.




Selasa, Oktober 21, 2014

Ape kate Ustaz Kazim tentang belai anjing oleh muslim.........


Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.


Isnin, Oktober 20, 2014

Patutle atuk tengok lebih ramai kaum hawa yang hadir di kempen belai anjing tu........

Mungkin ini salah satu sebab nye........

Fatwa Hukum Sentuh dan Pelihara Anjing - E-Book

E-Book : Fatwa Hukum Sentuh dan Pelihara Anjing

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Berikut petikan fatwa menyentuh anjing untuk panduan semua yang mungkin sedang terkejut membaca kempen menyentuh anjing di Damansara semalam...

Ia boleh dibaca sepenuhnya di sini :
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf



Pandangan mazhab Maliki juga tidak jauh beza dengan Mazhab Syafei


Juga dijelaskan isu anjing pemburuan


Harap umat Islam jangan keliru lagi dengan isu pegang anjing yang cuba diliberalkan pihak yang tidak jelas hukum ini.

Mohon sebarkan.

Kempen 'menganjingkan melayu'?


Dengar dulu ape kate Ustaz Azhar Idrus........



Penganjur kempen pegang anjing.........


Ahad, Oktober 19, 2014

Haram jadah betoi! ...... ade ke patut die kate melayu ni kaum pendatang.......

Perwakilan Gerakan: Melayu pun pendatang


Seorang perwakilan Gerakan dalam mesyuarat agung tahunannya hari ini mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain.

Ini kerana, kata perwakilan Johor Tan Lai Soon, orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi bumiputera asal,” katanya.

Katanya, pemimpin Umno yang sering menyifatkan masyarakat Cina sebagai pendatang sebenarnya tidak sedar bahawa mereka juga pendatang.

Tan berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Inilah satu perake yang buat atuk tersangat marah, tergamak deme ni kate melayu ni kaum pendatang yang same juge seperti macam mereke2 tu.

Atuk rase memang sangat patut kalu atuk kate mereke tu keturunan haram jadah. Sebab nye mereke tu tahu dan sedar dari mane datang nye asal usul mereke tu. Yang mate sepet dan kalor kuning tu memang dah sah berasal dari negeri Cine. Yang hitam legam dan kelabu asap tu dari India.

Nampak nye mereke ni dah semakin biadap terhadap bangse melayu kite ni. Mereke tahu bahawe bangse kite ni sudah tersangat lemah dalam kuase politik. Kita berpecah belah dalam politik, politik kite sedah di kuasi oleh mereke.

Sekarang kite harus segere bertindak untuk mengukuhkan kuase politik kite dengan bersatu padu semule. Selagi UMNO dan PAS bertelagah selagi itu lah mereke berani memperlekihkan bangse melayu dan agama Islam kite. 

Ini bukti jelas dan nyata DAP tidak ikhlas bersama PAS...........

Atuk dah banyak kali kate yang DAP tu sedikit pun tidak ikhlas dalam perjuangan nye bersame PAS.

Kita sudah di jelaskan dengan terang dan nyate oleh DAP bahawe mereke menolak perjuangan Islam dalam PAS. Kini DAP sudah menyatakan pendirian nye bahawe parti itu tidak lagi mahu bersame PAS di Sarawak.

Kalau di Sarawak DAP tidak boleh berkerja same dengan PAS, di semenanjung ni bagai mane pule pule? Dan jike sekire nye memerintah negare bagai mane ianye boleh di lakukan tanpa kerje same di Sarawak tu?

Atuk rase PAS tidak perlu terus memperbodoh diri nye dalam hal perkare ni. Sekarang rakyat sudah semakin meluat dengan kebodohan pemimpin2 PAS yang boleh di ibarat kan seperti "hidung tak mancung pipi ter sorong2" terhadap DAP yang semakin sombong dan bongkak tu.

DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR

KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.
- Bernama

Sabtu, Oktober 18, 2014

DAP menguasai PKR dan PAS Selangor


(Suara TV) – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat PKR dan PAS Selangor banyak dipengaruhi pendirian DAP di negeri itu sehingga beberapa isu Islam gagal diselesaikan dan dibiarkan tenggelam begitu sahaja.

Menyentuh penganjuran pesta arak Oktoberfest yang berlangsung baru-baru ini, Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata perbezaan pandangan di dalam PKR dan PAS juga dilihat menyukarkan keadaan.

Rakyat juga ‘keliru’ dengan kenyataan yang diberikan beberapa pemimpin PAS berhubungan penganjuran pesta itu.

“Saya tidak tahu mana satu kenyataan rasmi mewakili PAS. Itu masalah PAS.

“PKR bukan sahaja mengikut telunjuk DAP, namun pada saya isunya di dalam PKR sendiri kerana ada ahli yang bukan Islam. Jadi suara bukan Islam di dalam PKR bersatu dengan DAP dalam isu Oktoberfest.

“Orang Islam di dalam PKR kalah, dimana suara mereka tidak boleh melawan, atau yang menjadi masalah lebih besar sekiranya mereka yang Islam (di dalam PKR) merasakan Oktoberfest ini tidak ada masalah,” katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Dewan Ulama sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran Oktoberfest ini dan mahu kerajaan negeri mengambil tindakan kepada pihak penganjur.

Pesta arak ini yang berakhir semalam di tempat letak kereta One Utama Shopping Centre.

Sehubungan itu Fauzi menggesa kepimpinan baru kerajaan negeri yang diterajui PKR menilai kembali kontroversi penganjuran pesta ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang Islam negeri.

“Dua pendirian itu tidak betul. PKR sebagai sebuah parti pemerintah negeri dan yang menguasai PBT, jika nak benarkan orang bukan Islam menjual atau minum arak secara tertutup, itu dibolehkan.

“Tetapi jika nak buat pesta secara besar-besaran dan diadakan di tempat terbuka, dengan kuasa yang ada, mereka kena faham sensitiviti orang Islam dan melaksanakan janji-janji berkenaan perlembagaan, kedudukan Islam,” ujarnya.

Pesta arak yang mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak turut dihadiri seramai 5,000 pengunjung termasuk pemimpin dari PKR dan DAP.

Sebagaimana dilaporkan Mingguan Malaysia semalam, dilihat pengunjung yang hadir bersuka ria meminum minuman keras dengan latar muzik yang kuat.

Hadir ke pesta arak itu ialah exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong, ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, pemimpin PKR , R Sivarasa, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan kenyataannya bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan untuk orang bukan Islam tidak boleh dihalang, kerana syariat Islam menjamin kebebasan beragama dan berkata bahawa ia tidak boleh dihadiri orang Islam.

Namun ia disanggah beberapa pemimpin parti Islam itu termausklah Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dengan menyifatkannya sebagai mencabar sensitiviti penganut Islam di negara ini.

Selain kegagalan kerajaan negeri menangani isu pesta arak Oktoberfest, isu rampasan kitab Bible pada awal Januari lalu juga masih belum diselesaikan.

Ahad, Oktober 12, 2014

Megah nye Pakatan Rakyat memerintah Selangor..........


Atuk peratikan semenjak kite merdeke di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah pun mana2 parti di dalam komponen BN yang begitu ghairah ikut same mempromosi kan arak.

Walau pun terdapat sebuah parti cine iaitu MCA didalam komponen BN tetapi MCA lebih memahami tentang agama dan budaye Islam yang melarang manusie minum arak. Sepanjang mase MCA bersame BN kite tidak pernah melihat parti itu ikut mempromosikan arak begini hebat seperti DAP dan PKR.

Kita masih bernasib baik kerane ianye hanye berlaku di Selangor sahaje. Bayang kan jikesekirenye Pakatan Rakyat ni berkuase memerintah negare, sudah pasti negare Malaysia akan di banjiri keseluruhan nye dengan arak.

Sebenar nye mereke bukan saje mempeomosikan arak sahaje bahkan bende2 haram yang lain seperti babi pun dah lame dulu di promosi di negeri Selangor ni.



Pakatan Rakyat Selangor kantoi lagi........

Melayu/Islam sejati pasti akan menolak kerajaan kafir Pakatan Rakyat pade PRU akan datang....


Sabtu, Oktober 11, 2014

Inikah yang di namakan parti Islam.......

Atuk pelik juge dengan sikap pemimpin2 pari PAS ni, sanggup bersengkokol dengan parti DAP yang terang dan jelas anti Islam nye. Apekah tujuan yang sebenarnye pemimpin2 PAS ni bersengkokol dengan DAP?

Atuk yakin ramai orang melayu/Islam tidak menyukai care pemimpin2 PAS bersengkokol dengan DAP. Hari ini orang melayu sudah ramai yang sedar bahwe parti DAP hanye bermain sandiware nye dalam menyokong PAS.

Orang melayu/Islam sudah semakin ramai meningalkan parti PAS dan kembali menyokong UMNO. Ini terbukti di Pengkalan Kubor apebile PAS telah gagal menawan kerusi DUN di situ walaupun kawasan itu majoriti nye melayu/Islam.

Jumaat, Oktober 10, 2014

Penjawat awam dan pesara kerajaan dapat bonus........


Atuk ucapkan terima kasih kepade kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak setengah bulan gaji kepade semue penjawat awam kerajaan dan sebanyak RM250.00 kepade semue pesare kerajaan.


Perjuangan Islam PAS sudah di tewaskan oleh DAP dan PKR ..........?

'TAK ADA MASALAH DENGAN PESTA ARAK, CUMA PENGANJUR KENA MOHON KEBENARAN' - AZMIN

SHAH ALAM 9 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.......

Atuk peratikan PAS di Selangor ni bukan lagi disifatkan 'seperti lemukut ditepi gantang', tatapi PAS dah jadi lemukut terkeluar dari gantang.

Sekarang PAS sudah terpakse 'halalkan' arak di Selangor demi menjage hati rakan sekutu nye iaitu DAP dan PKR. Atuk tak boleh bayangkan jikesekire nye PAS bersikap demikian dikale same2 memerintah negare Malaysia ini.

Sikap PAS yang kunun nye pembele agama Islam ni pasti akan menghancurkan umat Islam di negare ini kerane terpake mengikut telunjuk DAP dan PKR sahaje.

...... mendidih darah atuk tenguk klip video ni....




Khamis, Oktober 09, 2014

Ayam suntik.....? mengape dan ape tujuan nye.......???







Selasa, Oktober 07, 2014

Name nye pun 'parti pembangkang', dah pasti membangkan setiap perbuatan baik kerajaan......

PAS sokong himpunan bantah naik harga minyak esok

MUHAMMAD FAIZAL | 07 Oktober 2014.


KOTA BHARU: ‎PAS menyokong penuh himpunan aman yang akan diadakan pada 8 Oktober ini di hadapan pintu masuk Parlimen bagi bantahan terhadap kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi memberitahu‎ PAS juga bersedia menerima dan membantu menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Atuk tak heran kalau PAS kate die nak ikut perhimpunan membantah kerajaan mengurangkan subsisi minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter. Kite semue dah tahu pun bahawe PAS ni berade di pehak pembangkang. Jadi kerje nye tu memang suke membangkang aje.

Tapi Atuk yakin bahawe semue rakyat Malaysia ni sudah bijak menilai tentang langkah2 kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan diesel ni, itu lah sebab nye rakyat telah bersetuju menerime nye dengan senang hati.

Atuk yakin rakyat tidak akan menyokong niat jahat pembangkang yang ingin mengadakan perhimpunan tu. Baru2 ni pun PAS dah pun mengadekan satu perhimpunan di Ipoh selepas solat Jumaat, ianye langsung tiade mendapat sambutan......


Flash-back. - posting 16 Disember 2009

Apa yang telah berlaku di Perak tidak lama lagi akan berlaku di Selangor pula.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuma menunggu saat sahaja akan tumbang. Talian hayat PR Selangor bergantung kepada PAS, sedangkan PAS Selangor sedang dilanda masalah besar.

Masalah besar PAS Selangor ialah berkaitan dengan Dato Hasan Ali. Bukan sahaja PAS tetapi DAP dan PKR  mengangap DHA sebagai 'duri dalam daging' dalam PR Selangor. Proses mencabut 'duri' ini sedang rancak dijalankan.

Persoalan nya, mungkin kah PR Selangor terselamat nyawanya jika 'duri' ini telah selamat tercabut? Yang pasti PR Selangor akan mati bongkang jika 'duri' ini tercabut. 8 ADUN PAS akan keluar dari PR sebagai ahli bebas dan berkemungkinan besar lebih ramai dari PKR akan keluar ikut bersama PAS.

Sepatutnya PAS telah lama tinggalkan PR Selangor, PAS berada dalam PR ibarat lemukut sahaja. PAS cuma mengikut dan menurut perintah dan kehendak DAP dan PKR sahaja. Segala perancangan PAS yang menitik-beratkan hal2 Islam akan ditentang dan ditolak mentah2 oleh DAP dan PKR. Apakah sumbangan PAS terhadap kaum melayu/Islam semasa berada dalam PR?

PAS Selangor akan ditolak oleh melayu/Islam pada PRU13 akan datang jika ianya terus berada dalam PR. Kedudukan PAS Selangor akan lebih cerah jika keluar PR dan menyokong kerajaan BN.

Sabtu, Oktober 04, 2014

Melayu, Islam dalam bahaye...........

Serah memo kepada PM agar mansuh Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | 03 Oktober 2014.

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. - Bernama

Pade pandangan atuk, Akta Hasutan masih di perlukan di negare Malaysia yang berbilang kaum ini. Tambahan pule kite nampak semakin jelas bahawe puak2 dari kaum 'pendatang' ni dah menjadi semakin biadap dan kurang ajar terhadap bangse dan agama kite.

Walaupun Akta Hasutan ini masih berkuat kuase namun setiap hari kite terjummpe kaum ini emakin biadap menghine, mengutuk dan mempersendekan bangse melayu dan agama Islam kite di laman2 web. Cube kite bayangkan jike Akta Hasutan ini di hapuskan, sudah tentu mereke2 ni bertambah berani dan angkuh terhadap kaum dan agama kite.

Ini bukti rakyat tidak membantah pengurangan subsidi petrol/diesel sebanyak 20sen.


Atuk peratikan perangai penyokong2 Pakatan Rakyat ni memang nye sangat ganjil. Mengape atuk kate begini kerane setiap langkah baik yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional akan mereke tentang.

Siang tadi selepas solat Jumaat mereke telah mengadekan satu acare berkumpul di Ipoh untuk meluahkan perasaan menentang pengurangan subsidi minyak petrol/diesel. Perancangan mereke ni dah siarkan didalam FB dan blog menyeru rakyat supaye turun ber ramai2 menyertai perhimpunan ini.

Malang nye perhimpunan ini telah tidak mendapat sambutan. Rakyat sedar dan telah memahami tujuan kerajaan BN mengurangkan subsidi minyak petrol/diesel.

Jumaat, Oktober 03, 2014

Perdana Menteri Malaysia: Kurang subsidi minyak jaga kepentingan rakyat


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara bagi tempoh jangka masa panjang.

Perdana menteri berkata walaupun tindakan itu tidak popular namun ia harus dilakukan memandangkan subsidi bahan api yang ditanggung oleh kerajaan setiap tahun sangat tinggi.

Malah, katanya, jika langkah itu tidak diambil, ia bakal meninggalkan kesan kepada ekonomi negara berikutan kekurangan hasil untuk perbelanjaan negara.

"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil.

"Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah dan wakalah lembu korban untuk kawasan Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha, Ahad ini di sini.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob itu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyampaikan 505 ekor lembu untuk seluruh kawasan parlimen itu.

Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Belanjawan 10 Oktober ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langlah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain yang akan diumumkan kelak.

"Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat," katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api berkenaan kepada rakyat di negara ini.

"Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin.

"Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand)," katanya.

Najib dalam pada itu turut mengingatkan rakyat, agar menjadikan elemen pengorbanan, asas dalam mencapai kejayaan.

"Kalau kita sanggup berkorban dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal," katanya.

- Bernama

Khamis, Oktober 02, 2014

Hasan : Bersyukurlah, bukan protes


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.

Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.

Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.

“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.

“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.

“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.

Ape sangat le due puluh sen tu..........


Bagi pendapat atuk kenaikan petrol dan disel due puluh sen tu mudah aje. Kalau kite gune 10 liter sehari pun baru bertambah due ringgit aje. Perbelanjaan ni tidak le seteruk dengan penghisab rokok yang berbelanje melebihi RM10 bagi sekotak rokok.

Lagipun jike dibandingkan dengan negare2 jiran, harge petrol dan disel di negare ini masih lagi ditahap yang termurah.

Kite semue kene faham, sebenar nye perkare ni bukan nye kenaikan harge tetapi ianye cume pengurangan subsidi yang di berikan oleh kerajaan, tu aje. Di negare2 yang tidak bersubsidi harge petrol dan disel ni mencecah RM4.00 lebih. Lebih kurang separuh lagi tinggi harge nye.

Jadi atuk haraf kite semue akan menerime nye dengan senang hati. Jangan lah se kali2 kite menyalahkan kerajaan yang kunun nye zalim kerane menaikan harge minyak ni.

Rabu, Oktober 01, 2014

Anak bangsa melayu yang tak sedar diri..........

Gadis berpurdah masuk DAP dikecam teruk


Tindakan seorang gadis Melayu berpurdah yang menganggotai DAP seperti dilaporkan baru-baru ini dikecam hebat oleh seorang penulis online yang menganggap lebih mulia menjadi pelacur daripada membabitkan diri dengan parti majoriti Cina itu.

Penulis yang menamakan dirinya ‘KuntaKinte Malaysia’ itu membidas gadis tersebut yang dikenali sebagai Melati kerana mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

Menulis di bawah tajuk “Melati, Lebih Baik Jadi Pelacur Dari Sertai DAP”, penulis itu berkata bagi seorang anak gadis Islam atau mana-mana anak muda Islam menyertai DAP, mereka sebenarnya mengukuhkan usaha DAP melemahkah kedudukan dan peranan Islam di negara ini.

“Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

“Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah ‘menjual diri’ kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam,” katanya di laman sosial www.mykmu.net.

Melati, atau nama sebenarnya Jamila Rahim, 22, merupakan graduan Unisel dan pernah menghasilkan novel bertajuk “Pelacur Kelas Pertama”.

Tindakannya menyertai DAP mengejutkan orang ramai, tambahan pula dengan penampilannya sebagai seorang gadis berpurdah.


Sambil mendoakan semoga Melati dan gadis lain seangkatan dengannya termasuk bekas calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud diberi hidayah untuk kembali kepada jalan yang lebih baik, KuntaKinte juga menyelar sokongan yang ditunjukkan Pemuda PAS Johor.

Sheikh Omar Ali, ahli Pemuda PAS Johor yang juga pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang Liew Ching Tong daripada DAP, menulis di laman portal hari ini menamakan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” (Langkah Melati).

Katanya, langkah Melati menyertai DAP sedikit sebanyak menjadi contoh anak muda Malaysia hari ini yang berani mengambil langkah menongkah arus.

“Ia menjadi signal anak muda generasi Y kini tidak lagi meletakkan sentimen ras sebagai asas untuk mereka menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan tanah air yang lebih adil dan demokratik,” katanya.

KuntaKinte mendakwa reaksi Omar tersebut membuktikan penyertaan anak muda Islam menjadi ahli DAP hanyalah bermotifkan wang.

“Kenyataan dan justifikasi yang cuba diwujudkan oleh Omar hanya mengesahkan teori sejak beribu tahun lalu bahawa harta benda adalah segala-galanya dalam dunia kemanusiaan ini,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan yang PAS dahulunya merupakan parti yang bersungguh-sungguh menolak undi bukan Islam meskipun diyakini oleh Umno ia tidak akan mengubah Perlembagaan kerana pemimpinnya masih dipegang kaum Melayu.

“Luar biasanya, mereka yang dulunya menganggap undi bukan Islam sebagai wakil rakyat haram, hari ini menjustifikasikan kemasukan anak muda Islam ke dalam parti pimpinan bukan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja melemahkan Islam di negara ini,” katanya, lapor TMI.

Kebakaran rumah : wanita rentung

KEBAKARAN RUMAH 1 TINGKAT di Kampung Baru Ampangan Seremban pada pukul 5.47 petang tadi. Mangsa seorang wanita berumur dalam lingkungan 30an rentung akibat terperangkap di tempat kejadian.

Turut musnah 2 buah kereta. Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Seremban dan BBP Senawang.. (4 photos)


dari Bomba dan Penyelamat Malaysia