Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Ogos 31, 2014

Kedudukan PAS akan lebih mantap jike bersama BN

"PAS Selangor berkemungkinan kalah 10 kerusi jika p/raya diadakan semula tanpa bersama PR..!!

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib


Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor..........."

Tok yakin PAS akan lebih mantap jike bersame BN jike di bandingkan dengan bersame PR. Bukan saje parti itu boleh menarik lebih ramai kaum melayu/Islam tetapi ianye juge boleh menarik kaum bukan melayu/Islam.

Keadaan politik yang tidak menentu dan kucar-kacir di Selangor telah membayangkan kite bahawe PR memang tidak mampu mentadbir negare. Sedangkan di Selangor hanye sebuah negeri sahaje pun dah kecuh-mecuh di buat nye.

Senario di Kelantan dan P Pinang tidak boleh di same kan kerane di Kelantan ianye ditadbirkan oleh PAS 100% tanpa campur tangan PKR atau DAP. Begitu juge dengan P Pinang ianye sebenar nye dibawah pentadbiran DAP, walau pun ade juge PKR dalam EXCO negeri nye tetapi EXCO2 PKR ni telah di kongkong dan tidak boleh menentukan ape2 dasar pun.

Tok percaye kaum melayu sudah sedar betape buruk nye Pakatan Rakyat ni, PAS, PKR dan DAP memang tidak boleh mendapat kate sepakat di dalam ape hal pentadbiran bersame. PAS kate lain, PKR kate lain dan DAP lagi lain2 kate nye.

Keadaan yang tidak pernak sepakat dalam PR ni sangat merugikan kaum melayu/Islam, kite bukan saje nampak berpecah-belah tapi pade hakikat sebenar nye kite sudah pun berpecah belah.

Marilah kite kembali bersatu padu mengukuh kan kedudukan bangse melayu dan agama Islam di negare ini.



Jumaat, Ogos 29, 2014

Wan Azizah seperti 'puppet', 'remote control' Anwar dan DAP

Adam Abu Bakar |
 August 28, 2014

Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti.


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, selain menjadi Menteri Besar boneka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu juga terpaksa tunduk segala arahan suaminya, Anwar Ibrahim demi ‘survival’ politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tindakan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar jelas mempunyai agenda tersirat yang jelas dan berbahaya kepada masa depan negara,” katanya dalam posting blognya www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

Jelasnya lagi, tindakan Anwar yang beriya-iya mahukan isterinya menjadi Menteri Besar adalah sudah tentu untuk menjadikan negeri terkaya ini sebagai ‘markas’ buat PKR dan DAP merancang gerak kerja bagi menguasai negara melalui kaedah yang jelas tidak berperaturan dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Sudah tentu Penasihat Umum PKR itu akan berkuasa di sebalik kerusi Menteri Besar dan berkongsi kuasa dengan DAP yang sebenarnya menjadi ketua pemerintah negeri itu. Bahkan, Wan Azizah tidak ubah seperti ‘puppet’ yang ‘remote controlnya’ dikawal oleh Anwar dan sekutunya iaitu DAP.

Ujarnya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang Menteri Besar yang tidak melakukan kesalahan didesak sebegitu rupa untuk meletakkan jawatan, ia hanya berlaku di Selangor, itupun atas desakan Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

“Perkara ini turut disokong oleh DAP yang jelas selama ini mengamalkan politik rasis dan perkauman yang sempit. DAP memang banyak mengetahui kelemahan Anwar, dan itu sebabnya parti ini dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka.

“Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi ‘kuda tunggangan’ dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti itu yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat jelata. Negara akan menjadi kucar kacir kalau amalan politik membelakangkan undang-undang ini tidak dicegah sejak dari awal lagi,’’ katanya.

Jelasnya, sememangnya PKR dan DAP mempunyai misi yang amat berbahaya dalam mempertahankan tindakan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bila mereka berjaya menguasai negeri ini bermakna mereka berjaya menguasai kekayaan negeri itu.

Beliau menambah, jika percaturan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar tercapai, sudah tentu dana ekonomi Selangor akan disalahguna dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya.

“Jika ini berlaku, ekonomi Selangor akan jatuh merudum dan kehidupan rakyat akan menjadi kucar kacir. Tidak mustahil pentadbiran negeri ini akan lebih menfokuskan kepada agenda politik pemimpin tertentu berbanding isu pembelaan dan kebajikan rakyat yang selama ini diberikan perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Mereka juga akan mengacau pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan istana. Mereka akan membuatkan rakyat Selangor menjadi resah gelisah serta Anwar yang bertindak sebagai penasihat Menteri Besar akan menggunakan wang rakyat untuk menjelajah luar negara untuk faedah dan kepentingan diri serta politik PKR,’’ tegasnya.

Ujarnya Syed Ali, seharusnya rakyat tidak diheret sama dalam percaturan politik sempit Anwar dan DAP . Sejak berlakunya ‘tarik tali’ di antara PKR, DAP dan PAS yang mahukan satu nama dihantar sebagai Menteri Besar, rakyat Selangor yang menerima padah kejahilan politik mereka yang jelas mengejar kuasa.

“Di sana sini kita dapat melihat kerisauan dan keresahan rakyat Selangor. Mereka mahu kemelut ini cepat-cepat diselesaikan dan agenda kebajikan rakyat didahulukan,’’ katanya.

Tambahnya lagi, cukup-cukuplah suatu ketika dahulu rakyat diheret pergi ke jalanan dalam kemelut politik negeri Perak. Beliau turut mengingatkan demonstrasi jalanan dan haram bukan budaya rakyat negara ini.

“Namun, budaya kotor dan cukup berbahaya ini cukup sinonim dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, mereka sanggup melakukan apa sahaja dakyah termasuk melanggar peraturan dan perlembagaan negara dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya yang sah,’’ katanya.

Tambahnya lagi, tindakan PKR dan DAP tetap berkeras hanya menamakan satu nama calon Menteri Besar walaupun sudah diperintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih dua nama jelas mengandungi muslihat.

“Kerana terlalu rakus mahu menguasai pentadbiran negeri Selangor sehingga Anwar dan DAP langsung tidak mempedulikan segala mesej Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar,’’ katanya.

Syed Ali turut membidas tindakan biadap PKR dan DAP yang engkar dengan arahan Sultan Selangor. Kedua-dua parti ini juga didakwa tidak menghomati undang-undang dan institusi istana yang menjadi payung kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menegaskan, segala perancangan dan agenda jahat Anwar perlu dibendung termasuk tidak melantik isterinya sebagai Menteri Besar.

Beliau khuatir jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar sudah tentu akan merombak apa sahaja MOU kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai air, Lebuhraya Kinrara–Damansara (Kidex) dan sebagainya sudah dirancang untuk faedah rakyat negeri ini.

Walau bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan PKR dan DAP akan mengheret rakyat dalam demonstrasi jalanan dan mencemuh institusi istana jika cita-cita besar mereka meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor tidak tercapai.

PAS yang sememang nye 'hampehhh'

PAS akan kemuka calon PKR jadi MB Selangor...Pelik Lah Dengan PAS Ni

"SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi......."

Pade mulenye mati2 Tok menjangke kan PAS akan mencadang kan calon dari parti nye seperti yang di titahkan oleh Baginda Sultan. Kan ke Baginda Sultan dah bertitah supaye tiap2 parti dalam Pakatan Rakyat tu supaye mempersembahkan name calon dari parti masing2 iaitu PAS, PKR dan DAP.

Pade pandangan Tok, nampak sesangat dungu nye pemimpin2 PAS ni, ade ke menyebuk dengan mencadangkan calon dari parti orang lain. Ade lebih nampak bijak jike berdiam diri sahaje jike tak mau mencalon kan calon dari PAS.

Nampak nye DAP tu lebih bijak dari PAS sebab nye tidak mencalon kan sesiape pun kecewali hanye menyokong cadang yang di usulkan oleh PKR iaitu Datuk Wan Azizah sahaje. Kedunguan PAS yang melampau ni sungguh memalukan ahli2 dan penyokong2.


Khamis, Ogos 28, 2014

Kenape DAP dan PKR berdegil mahu kemukan satu name sahaje bagi pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor


"Pakatan tetap kemuka 1 nama calon MB: Wan Azizah

(Oleh Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Pakatan Rakyat tetap akan mengemukakan satu sahaja nama yang akan dipersembah kepada Sultan Selangor sebagai
calon Menteri Besar.

Demikian penegasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya berhubung keputusan KEADILAN dan DAP malam tadi untuk menghantar hanya satu nama sahaja calon Menteri Besar Selangor walaupun Sultan Selangor menitahkan setiap parti mencalonkan lebih dua
nama.

Anwar berkata, penetapan itu berdasarkan sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor secara Akuan Bersumpah yang
diperolehi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ini.

Malah kata Anwar lagi, keputusan itu adalah hasil sebulat suara PAS dan DAP untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai satu-satunya calon tunggal bagi jawatan tersebut.........."


Tok pun pelik juge dengan perangai DAP dan PKR ni yang hanye mahu kemukekan satu sahaje name pencalonan bagi mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor. Sedangkan Baginda Sultan Selangor bertitah supaye di kemukekan lebih dari due nama calon.

 Ape salah nye jike dituruti kehendak Baginda Sultan tu? Berilah peluang Baginda untuk memilih ikut citerase rakyat2 nye supaye ianye nampak lebih adil. Susah sangat ke nak menuruti perintah Baginda tu? Atau pun dah tak ade lain2 calon lagi yang layak dalam Pakatan Rakyat tu?

Tok rasekan ade susuatu yang tak kene atau pun ade sesuatu muslihat yang tersembunyi kenape DAP dan PKR ber sungguh2 sangat mahukan isteri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor tu. 

Bukan saje Tok seorang yang berase curige tentang perkari ni, malahan seluruh rakyat Malaysia juge berase curiga tentang perkare ni. Tambah2 lagi bagi rakyat negeri Selangor tu.

Tok yakin kekecuhan yang berlaku di Selangor ni tidak mungkin akan berakhir dengan begitu mudah kerane terdapat ramai yang masih tidak puas hati dengan cara perbuatan pemimpin2 Pakatan Rakyat di Selangor.

Rabu, Ogos 27, 2014

KEADILAN dan DAP hanya kemuke nama Wan Azizah.......... PAS???

KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah


KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Selasa, Ogos 26, 2014

Sekarang Tok dah boleh bayangkan ape maksud Baginda Sultan mahukan lebih dari dua nama calun bagi Menteri Besar yang baru.

Khalid mohon letak jawatan, Sultan titah Pakatan kemuka nama


"SHAH ALAM 26 OGOS: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sehingga penggantinya ditentukan.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan, Khalid hari ini menghadap baginda bagi memohon perkenan untuk meletakkan jawatan.
Khalid menghadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan meletakkan jawatan. (Gambar Malaysiakini)

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru ditetapkan.

“Ini untuk mempastikan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur,” jelas kenyataan Datuk Mohamad Munir Bani.

Sehubungan itu, kata Munir, Sultan telah menitahkan agar KEADILAN, Pas dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baru.........."

Tok peratikan care pemimpin2 Pakatan Rakyat ni berfikir sangat tajam, terutame nye pemimpin2 dari PAS. PAS dah awal2 lagi bercadang untuk kemukekan due name iaitu Wan Azizah dan Azmin. Malang nye cadangan PAS ni tidak di persetujui oleh PKR.

Tok pun hairan juge kenape PKR hanye mahu kemuke kan satu name sahaje iaitu Wan Azizah sahaje. Wan Azizah ni semue orang dah pun tahu bahawe die ni isteri kepade Anwar Ibrahim. Pade pendapat Tok ianye tak salah ape2 pun sebab nye Wan Azizah ni memang layak untuk menyandang jawatan Menteri Besar tu.

Kini Baginda Sultan bertitah mahukan dikemuka kan lebih dari due name calun untk jawatan MB tu. Nampak nye PKR dah jadi alah malu dengan PAS, sebab cara PAS buat tu dah memang betul tepat care nye. Sekarang mau tak mau terpakse lah kene kemukekan lebih dari due nama calun.

Agak nye setakat ni saje cukup lah Tok buat ulasan. Mari lah kite same tunggu apekah kesah selanjut nye.........

Keputusan bijak dari PAS............

Monday, August 25, 2014

"PAS 'tunjuk belang'...13 ADUN Selangor tak tandatangan surat sokong Wan Azizah MB


Harap punya harap namun tak kesampaian.PKR tentu frust dengan game PAS ini.
Setakat ini hanya 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dikatakan sudah tandatangani surat akuan sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk jawatan Menteri Besar.

Mereka ialah 15 ADUN DAP,13 PKR dan 2 ADUN PAS yang 'korner baring' sokong Wan Azizah tempoh hari iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Namun 13 ADUN PAS lain belum lagi tandatangan surat yang dikatakan diminta oleh PKR itu sebagai bukti sokongan solid untuk Wan Azizah..........."

Kali ni Tok sekali lagi kene terpakse memberi segale puji-pujian terhadap pemimpin PAS yang dah mule tunjukkan kebijaksanaan nye berpolitik. Kalini memang tiade barang sesiape boleh mengate kan PAS di cocok idung atau pun jadi tonggangan kepade mana2 parti sahabat bye.

Tok kate PAS ni bijak pertame nye kerane tidak tunduk lagi kepade mana2 pehak yang mengugut nye. Ke due nye PAS memang dah berani membuat keputusan berdasarkan prinsif parti itu. Yang paling Tok puji sikap pemimpin PAS ni apebile mereke telah membuat keputusan untuk menyerahkan kepade Baginda  Sultan untuk diperkenankan siape yang bakal menjadi Menteri Besar.

Tok sangat berharaf agar PAS terus bertegas dan tidak se kali2 takut pade sebarang tindakan atau ugutan dari mane2 pehak. Inilah mase nye untuk PAS membukti sikap dan pendirian tegas nye terhadap prinsif parti. 

Isnin, Ogos 25, 2014

Anwar dah mule hilang sokongan.....................

Monday, August 25, 2014

PANAS..!!! Ceramah Burukkan MB Selangor Di Paya Jaras Semalam Juga Gagal.



Dengan barisan penceramah hebat seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, R Sivarasa dan Elizabeth Wong masih gagal untuk mengundang orang ramai untuk hadir mendengar kutukan dan fitnah terhadap Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim.

Admin mencadangkan agar ceramah-ceramah selepas yang akan diadakan selepas ini perlu diadakan hadiah cabutan bertuah seperti kereta, motorsikal, laptop dan sebagainya untuk menarik orang ramai untuk hadir.

Tok perati semenjak due menjak ni nampak nye Anwar Ibrahim dah semakin dipinggirkan oleh penyokong2 nye. Andaian Tok ni cume berdasarkan kepade sambutan yang diberikan setiap kali Anwar Ibrahim berkempen tentang tajuk yang ade kaitan dengan Menteri Besar Datuk Khalid dan isteri nye yang bakal menjadi Menteri Besar.

Pade pandangan Tok, Anwar Ibrahim terlebih dahulu harus mengkaji same ade rakyat Selangor telah bersetuju dengan perbuatan nye 'melucutkan' jawatan Menteri Besar Datuk Khalid dan seterus nye melantik isteri nye sebagai pengganti.

Tok yakin majoriti rakyat Selangor terutame nye yang menyokong PR tidak setuju dengan perbuatan Anwar Ibrahim ni. Perbuatan nye 'membuang' keluar Datuk Khalid dari PKR juge telah mendatangkan kemarahan dari penyokong2 PKR tu sendiri.

Kini  ahli2 dan penyokong2 nye semakin ramai sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti itu. Sebenar nye mereke sudah bosan dan meluat terhadap pemimpin2 nye yang jelas tamak dan gile kuase.  

Ahad, Ogos 24, 2014

Parti Anwar Ibrahim yang dah semakin pudar dan lemah..............

Stadium tidak penuh, ahli protes Kongres PKR?


STADIUM TIDAK PENUH, AHLI PROTES KONGRES PKR?
SHAH ALAM – Ahli -ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai sengaja tidak hadir ke Kongres Keadilan 2014 kerana memprotes kepimpinan parti tersebut berhubung pemilihan yang baru sahaja selesai yang dikatakan tidak telus.
 Situasi itu jelas kelihatan apabila terdapat banyak ruang kosong dalam Stadium Malawati, Shah Alam, tempat di mana kongres itu diadakan sejak.
 Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mazli Saring ketika dihubungi mendakwa, bilangan ahli yang tidak ramai hadir pada kongres tersebut membuktikan PKR telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri.
 “Barisan kepimpinan PKR kena terima hakikat ahli-ahlinya mungkin memprotes kongres tersebut melalui kehadiran yang amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Dari dulu2 lagi Tok dah kate, parti PKR tajaan Anwar Ibrahim ni dah semakin tak laku lagi. Tok boleh katekan parti PKR ni cume "angat2 tahi ayam" aje. Tak lame lagi pasti ianye akan tumpo.

Kini Tok dah nampak banyak2 tande2 yang menunjukkan parti tu dah mule nazak. Cube kite perati kan semase pemilihan pucuk pimpinan di bahagian ranting2 nye -terlalu kecuh, bertumbuk dan baling2 kerusi tu dah menjadi perkare biase setiap kali mesyurat pemilihan parti itu.

Sebenar nye boleh lah di katekan hampir semue cabang dan ranting2 parti PKR ni dah tumpo, ianye akan hanye nampak 'hidup segan mati tak mau' semase dekat PRU/PRK atau pemilihan pucuk pimpinan sahaje. Tapi kawasan kediaman Tok di Sungai Tungku ni PKR ni dah lame pun tumpo terus tak idup2 lagi.

Krisi peningkiran dan melucutkan jawatan dan keahlian PKR Menteri Besar Selangor telah menambahkan lagi keadaan buruk parti PKR ni. Tambah2 buruk lagi apebile Anwar Ibrahim melantik isteri nye untuk mengantikan tempat MB yang di sandang oleh Datuk Khalid Ibrahim.

Keadaan kekecuhan Menteri Besar Selangor ni terlah menjadikan rakyat yang bijak berfikir jadi bertambah meluat pade parti PKR. Bukan sahaje rakyat yang meluat tapi hampir semue ahli2 dan penyokong2 parti itu juga sudah meluat terhadap pucuk pimpinan parti yang tamak dan gile kuase tu.

PAS tidak yakin kemampuan PKR menawan N1 DUN Pengkalan Kubur

Beri peluang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubur

SALMAH MAT HUSAIN


KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.


Pade pandangan Tok sangat setuju dengan cadangan PAS supaye PKR berundur dan memberi peluang kepade PAS untuk bertanding di DUN Pengkalan Kubur, Kelantan tu. Pandangan Tok ni hanye lah berdasar kan dengan keadaan yang nampak kucar-kacir dalam PKR tu.

Peranan yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim untuk memartabat kan isteri nye sebagai Menteri Besar Selangor sedikit sebanyak telah mendatangkan gambaran terhadap PKR am nye dan PR khusus nye. Kini di Selangor sedang kecuh apebile Datuk Khalid di arahkan supaye mengosongkan kerusi Menteri Besar.

Keadaan semakin parah apebile Datuk Khalib di tendang keluar dari PKR kerane kedegilan nye untuk mengosongkan kerusi MB Selangor. PAS yang pade mule nye berdiri teguh di belakang Datuk Khalid juge akhirnye terpakse berundur juge setelah diberi amaran oleh DAP dan PKR.

Tok yakin rakyat di Kelantan telah menyaksikan betape buruk nye keadaan Pakatan Rakyat di Selangor tu. Tok haraf rakyat Kelantan yang sememang nye bijak ini akan terus memilih Barisan Nasional terutame nye UMNO untuk meneruskan kesenambungan pemerintahan UBN yang tiade tandingan nye di bumi Malaysia ini.

Selasa, Ogos 19, 2014

PAS pencacai PKR dan DAP Selangor.......?


Tok pun berase pelik juge ape bile Pakatan Rakyat bersetuju untuk menghantar kan seorang sahaje name calun untuk Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Wan Azizah menggantikan tempat Tan Seri Khalid. Yang Tok ketahui PAS dah pun bersetuju untuk menghantar due name calun  iaitu Wan Azizah dan Mohammad Azmin Ali.

Kalu lah begini gaye nye Tok nampak suare PAS dalam Pakatan Rakyat ni dah tak laku dan tak bolek pakai langsung. Pade pandangan Tok adelah lebih baik PAS ni jangan masuk campur langsung dalam hal pentadbiran negeri Selangor ni.

Tok peratikan sikap PKR dan DAP terhadap PAS di Selangor sangat dingin, cume nye PAS sahaje yang nampak ber lebih2 untuk membodek dan ambil hati PKR dan DAP tu. Memang Tok dah jangkekan bahawe PAS ni sedar diri nye tu hidup se mate2 bergantung kepade sokongan PKR dan DAP.

Tanpa dari sokongan dari PKR dan DAP siape lah PAS di negeri Selangor ni. PAS terpakse menjadi pencacai kepade PKR dan DAP untuk terus menyambung nyawe nye di Selangor.

Isnin, Ogos 18, 2014

Cube anda semua tontoni dan amati dengan teliti klip VDO ini..............




Adakah tuan2/puan2 terlihat atau terdengar ape2 ayat yang keluar dari mulut Azim bahawe die menolak pencalunan jawatan Menteri Besar Selangor tu......?

Pakatan Rakyat Selangor yang Pelik bin Ajaib................


Hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor

PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyatkira-kira 45 minit di Subang.

Keputusan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu Azmin berkata, beliau menghargai keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencalonkan namanya, namun akur dengan keputusan PR mencalonkan Wan Azizah seperti dipersetujui dalam akuan bersumpah dan disertakan kepada pihak Istana.

Pade mule nye Tok dah mule puji2 pemimpin2 PAS ni -dah mule sikit nunjukkan ade akal, tapi sekarang Tok dah konferm anggap PAS ni dah kurang akal..........

Anggapan Tok ni cume berdasarkan fakta2 di bawah ni:-

i. Pade mulenye PAS ber mati2 an menyokong Menteri Besar Datuk Tan Seri Khalid dan menolak Datin Seri Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim.

ii. Kemedian bersetuju pule dengan cadangan supaye Wan Azizah mengantikan tempat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

iii. Mengenepikan keputusan Majlis Shyura ikut se suke hati aje seolah2 Majlis tu tidak punye kuase dan fungsi ape2 pun dalam PAS.

Pade pendangan Tok, pemimpin2 PAS ni tidak punyai pendirian yang tetap, kate orang mase ni -"Flip Flop" Tok pun kurang faham ape makne nye.

Paling malang bagi PAS apebile cadangan nye menamekan Azmin sebagai calun Menteri Besar Selangor telah 'ditolak' bulat2 oleh Pakatan Rakyat(PKR&DAP). Ini telah memberikan gambaran bahawe PAS tidak ade suare atau kuase dalam Pakatan Rakyat.

Tok anggap PAS ni cume menjadi pencacai sahaje di dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Tok kene puji PAS.........


Walau pun Tok bukan penyokong PAS dari dulu, kini dan se lame2 nye, tapi Tok sekali sekale terpakse kene puji jige sikap bijak yang di tunjukkan oleh pemimpin2 PAS.

Kali ni Tok peratikan care bijak pemimpin2 PAS ni bermain politik, mule2 die tunjuk bijak dengan menyokong MB Datuk Khalid dan menolak YB Datuk Seri Wan Azizah. Malang nye, sokongan PAS terhadap Datuk Khalid pendek umor. PAS terpakse ketepikan keputusan nye menyokong Datuk Khalid kerane menerime amaran keras dari DAP.

Rupe2 nye takut juge PAS same itu DAP! Kesian Datuk Khalid. "Ku sangke panas sampai ke petang, rupenye hijan di tengah hari."

'Kembang jubo' Anwar! Ape tidak nye, dah berjaye mendapat restu PAS. Tapi, macam Tok dah kate tadi, PAS ni sememang nye bijak orang nye. Ape idak nye, die antou due name calun - Wan Azizah dan Azmin!

Tok rase terkuncup kembali jubo Anwar apebile PAS mencadangkan juge YB Azmin. Tok rase setakat ni cukup le beri komen, nanti takut ade pule yang akan marah2 kan Tok.

Walau bagaimane pun mari lah kite same2 tunggu di atas kebijaksanean Baginda Sultan untuk memilih siape yang baginda berkenan..........

Ahad, Ogos 17, 2014

Kini PAS dah semakin bijak dan berani...........

Nasarudin sedang menunggu notis saman Guan Eng

Nasrudin tidak terima notis saman Guan Eng


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata beliau tidak menerima sebarang notis tindakan undang-undang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaannya mengenai pembinaan terowong dasar laut di negeri itu diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

Sambil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan itu, Nasrudin berkata beliau juga bersedia berdepan saman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Kemerdekaan anjuran PAS Pusat di Padang Temerloh Jaya, hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kali ni Tok tabik sama pemimpin2 PAS yang sudah mule menampak kan kebijaksanaan nye dan dah mule pule tunjuk kan keberanian nye. Selame ni Tok peratikan PAS ni selalu tunduk dan akur pade segale kehendak DAP dan PKR. Tok puji sikap keberanian AJKK PAS Pusat yang sedikit pun tidak gentar dengan ugutan saman oleh KM P Pinang Lim Guan Eng.

Tok haraf pemimpin2 PAS yang lain2 tu pun kene ikut langkah keberanian yang di tunjukkan oleh Tn Hj Nasrudin Hasan tu. Tok yakin YB Lim Guan Eng tidak berani  meneruskan saman nye terhadap pemimpin PAS. Ape2 pun PAS harus berwaspade dan sentiase bersedie untuk menghadapi sebarang tindakan jahat dari DAP.

Sebenar nye PAS banyak membantu DAP P Pinang semase PRU 13 yang lepas, tapi malang nye DAP telah menganak-tirikan PAS. PAS telah memenangi satu kerusi DUN tapi tidak di berikan peluang menduduki kerusi EXCO negeri P Pinang. Perkare ni jelas telah menunjukkan bahawe DAP tidak suke PAS berade bersame dalam pentadbiran negeri P Pinang.

PAS harus sedar DAP sebenar nye tidak pernah jujur terhadap PAS.