Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Februari 26, 2014

Layak kah pemimpin2 seperti ini menerajui negare Malaysia ini......???


Tok kan dah kate, Pakatan Rakyat ni memang nye tidak layak langsung untuk di jadikan peneraju memimpin negare Malaysia ini. Pemimpin2 Pakatan Rakyat ni sudah terbukti gagal untuk menyelesaikan perkare2 yang kecil dalam parti mereke tu sendiri. Jadi bagai mane jike sekirenye mereke memimpin negare? Pasti negare akan hancur dan rosak binase di buat nye.

Dalam kes saman menyaman antare pemimpin PAS dan PKR ni sudah cukup untuk dijadikan bukti kukuh bahawe Pakatan Rakyat tidak boleh diharaf untuk memimpin negare. Parti PKR ni memang jahat dan busuk hati kerane sanggup menyaman Tuan Guru Hj Hadi Awang sebanyak RM2 jute kerane satu perkare yang kecil sahaje.

Sedangkan pemimpin2 PAS juge tergulung dalam pemimpin yang berlagak dan sombong. Mereke ni memang nye patut pun di saman kerane terlalu celupar. Dah lah begitu, bile di saman tidak mahu minte maaf dan paling malang tidak hadir ke mahkamah pule.

Rakyat harus ingat dan sedar bahawe negare pasti akan musnah jike di benarkan pemimpin2 seperti ini berkuase memerintah negare ini..........

Isnin, Februari 24, 2014

Hadi Awang@PAS di terkantoikan oleh PKR.......

Mahkamah Perintah Hadi Awang Bayar RM2 Juta

Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor. – tmi

Sabtu, Februari 15, 2014

Cerama PAS menghasut dan meracuni fikiran rakyat. Perhimpunan HARAM menggugat keamanan negara.



Kerajaan BN harus bertindak segera dan tegas sebelum terlambat. Sekarang kedudukan BN dalam keadaan amat merbahaya. Ancaman dari parti lawan semakin mengugat BN terutamanya UMNO.

Ancaman yang paling merbahaya ialah ceramah2 parti lawan, setiap ceramah mereka menghasut dan menghamburkan fitnah supaya membenci kerajaan. Semua bentuk CERAMAH harus di HARAM kan. Penceramah yang telah terbukti menghasut perlu dikenakan hukuman yang setimpal mengikut akta hasutan.

Perhimpunan haram juga akan membawa padah yang sangat buruk terhadap kerajaan. Penganjur PERHIMPUNAN HARAM mesti dikenakan hukuman mengikut akta ISA.

Cara kerajaan bertindak menangani masalah ancaman yang sedang mengugat keharmonian dan keamanan negara terlalu lemah dan tidak berkesan. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak lebih berkesan dengan melaksanakan segala akta dan undang2 yang sah untuk membendung masalah ini.

Jika kerajaan gagal bertindak segera, ada kemungkinan kerajaan akan menghadapi masalah besar pada PRU14 nanti.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.

Isnin, Februari 10, 2014

Jangan dilayan esangat puak2 'pelampau' ni.............

Waytha akan letak jawatan timbalan menteri, senator sebab janji sudah dicapati

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.

Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.

"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.


Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.

"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.
-malaysiakini-


Tok peratikan puak2 'pelampau' ni tidak pernah rase bershyukur dan berterime kasih diatas layanan2 istimewe yang telah diberikan oleh kerajaan terhadap mereke. Bak pepatah melayu, "Diberkan betis mahukan pehe pule". Begitulah keadaan nye, sentiase tidak berpuas hati walauape jue yang di berikan.

Tindakan ini se olah2 satu 'ugutan' dikale menjelang PRK DUN Kajang yang sedang hangat di perkatekan. Kerajaan BN tidak perlu risau ape2 pun tentang kekalahan atau pun kemenangan PKR DUN Kajang ni. Menang atau kalah pun ianye tidak memberi ape2 prubahan pun.

Tok berharaf supaye PM Najib jangan terpengaruh atau pun takut dengan tindakan timbalan menteri@senator yang kunun2 nye mahu meletak kan jawatan. Kalau die mahu meletak kan jawat yang di berikan tu biarkan saje. Kite tidak harus takut dan tunduk dengan kehendak2 dan desakan dari mereke tu.

Kite harus bersikap tegas dan bertindak keras kepade mane2 pehak yang bersikap suke menekan dan 'mengugut' kerajaan ape bile merasekan diri mereke tu 'sudah besar dan sangat ber harge'. Jike kite terus melayani kehendak2 mereke ni akhir nye kite juge yang akan merane..........

Sabtu, Februari 08, 2014

PRK DUN Kajang: Anwar Ibrahim hanya boneka DAP............?



Mungkin percaturan PKR kali ini akan memakan diri, namun tidak adil menyalahkan PKR semata-mata apabila ada pihak lain yang sama-sama mahukan semua ini berlaku. Siapa lagi kalau bukan DAP.

Pada awal drama PRK Kajang, Lim Guan Eng menyatakan bahawa dia tidak mengetahui kemelut yang berlaku dalam PKR Selangor walau kemudiannya bersetuju dengan strategi PKR meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon di Kajang selepas perkara tersebut dibawa ke dalam mesyuarat tergempar yang turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Ramai yang menyelar PKR kerana membuat keputusan besar seperti ini dan membelakangkan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat namun DAP hanya berdiam diri tanpa mencetus sebarang provokasi seperti PAS. Lim Guan Eng juga mengelak untuk memberikan sebarang komen dan meminta Anwar sahaja yang memberi penjelasan kepada umum.

Walaupun kelihatan seperti perkara ini dirancang sepenuhnya oleh PKR melalui Rafizi Ramli , Rahim Ghouse, Saifuddin Nasution dan juga yang pastinya Azmin, kehadiran Liew Chin Tong, pakar strategi Guan Eng dan juga Lim Kit Siang seperti mengiakan desas desus bahawa Anwar bergerak atas restu Lim Guan Eng dan juga DAP.

Kenyataan yang harus diambil kira adalah Anwar ‘dipuja’ oleh DAP hanya kerana dia Melayu dan sekiranya Anwar Ibrahim adalah calon Menteri Besar Selangor yang baru, nasib Selangor akan sama seperti Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar di sana. Nama saja Menteri Besar Melayu, hakikatnya mereka berada di bawah telunjuk DAP.

DAP tidak dapat melakukan yang sedemikian dengan Khalid Ibrahim kerana Khalid punya pendirian sendiri dan mereka tidak dapat menggunakan pengaruh Anwar ke atas Khalid kerana Khalid adalah ‘orang’ Wan Azizah. Jadi boneka yang paling sesuai untuk Selangor adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Keterdesakan PKR untuk kekal di Kajang seterusnya Selangor juga menyaksikan jeneral perang Anwar, Azmin Ali sanggup untuk berdiri bersama Lim Guan Eng walau ramai yang tahu bahawa mereka berdua tidak sebulu. Inilah yang dinamakan ‘pengorbanan’ yang sanggup dilakukan oleh Azmin demi memastikan kelangsungan hidup PKR di Selangor.

Kenyataannya, sokongan DAP terhadap pencalonan Anwar Ibrahim di Kajang adalah serampang dua mata bagi DAP, kerana dengan Anwar, mereka akan terus mendapat sokongan dari orang Cina dan juga dari orang Melayu yang menyokong PKR. DAP tahu dengan memanipulasi sokongan kuat orang Melayu terhadap PKR akan membolehkan mereka menjadi watak utama dalam Pakatan Rakyat dan orang-orang Melayu ini akan sanggup mengangkat Anwar Ibrahim tanpa mengambil kira siapa ‘tuan’ mereka sebenarnya.

Persoalannya sekarang siapa yang menari dan siapa yang memukul gendang? Adakah Pakatan Rakyat akur dengan kemahuan PKR di Selangor atau sebaliknya?

PAS mengharaf dan berharaf simpati dari parti yang korupt dan tidak jujur

Malang sungguh bagi penyokong2 PAS, Tuan Guru mereka lebih sayangkan DAP yang terang dan nyata anti-Islam. Tn Guru juga tahu bahawa DAP tidak pernah sokong Islam, bahkan presiden DAP sendiri telah menyatakan, 'langkah mayatnya dahulu kalau PAS mahu tubuhkan negara Islam'.

DAP menyokong PAS kerana ada agenda nya sendiri yang tersembunyi. Begitu juga dengan PKR, parti serpihan dari UMNO. PKR tidak pernah menyatakan sokongan nya terhadap perjuangan PAS untuk menegak kan negara Islam.

Sebenarnya DAP dan PKR telah mempergunakan PAS untuk kepentingan perjuangan pati mereka sahaja.

Hari ini kaum melayu sudah sedar tentang apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. PAS, PKR dan DAP tidak mempunyai matlamat atau tujuan yang sama, masing2 berniat berlainan. Menaruh harapan kepada PR untuk membela nasib kaum melayu langsung tidak pernah di sebut - melainkan bagi semua kaum.

Orang melayu harus sedar, jika PR berkuasa melayu akan hilang kuasa.