Tuan Guru Nik Aziz Dakwa DAP Buat Kerja Bodoh
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.
"Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat?
"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka hari ini...........
Di atas ni ialah sebahagian dari petikan berita dari sebuah blog yang pro PR. Dalam peratian atuk, nampak nye parti2 dalam Pakatan Rakyat ni dah menjadi semakin kelam-kabut. Dah hilang hala tujunya sama sekali, hari2 asyik bertelagah pendapat dan sindir-menyindir diantara satu sama lain.
Kini giliran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyindir DAP. Atuk yakin Pakatan Rakyat ni hanya menungguk belah saje setelah sekian lama retak.
Atuk berpendapat pemimpin2 PAS ni memang nye jenis 'tebal kulit muke'. Mereka sebenarnya sudah faham DAP tidak suka PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Malangnya pemimpin2 PAS yang berkulit muke tebal ni terus duduk dicelah kangkang DAP dan PKR tu.
Agaknya pemimpin2 PAS ni tunggu kene penendang kude baru mahu keluar dari Pakatan Rakyat tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,