Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Oktober 19, 2014

Ini bukti jelas dan nyata DAP tidak ikhlas bersama PAS...........

Atuk dah banyak kali kate yang DAP tu sedikit pun tidak ikhlas dalam perjuangan nye bersame PAS.

Kita sudah di jelaskan dengan terang dan nyate oleh DAP bahawe mereke menolak perjuangan Islam dalam PAS. Kini DAP sudah menyatakan pendirian nye bahawe parti itu tidak lagi mahu bersame PAS di Sarawak.

Kalau di Sarawak DAP tidak boleh berkerja same dengan PAS, di semenanjung ni bagai mane pule pule? Dan jike sekire nye memerintah negare bagai mane ianye boleh di lakukan tanpa kerje same di Sarawak tu?

Atuk rase PAS tidak perlu terus memperbodoh diri nye dalam hal perkare ni. Sekarang rakyat sudah semakin meluat dengan kebodohan pemimpin2 PAS yang boleh di ibarat kan seperti "hidung tak mancung pipi ter sorong2" terhadap DAP yang semakin sombong dan bongkak tu.

DAP Sarawak henti komunikasi dengan Pas, PKR

KUCHING - DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan Pas dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama Pas dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama Pas, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa Pusat Pas), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata, PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,