"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. Membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. Membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
, , , ,