Facebook Atuk Banjar Masin

Ahad, Ogos 17, 2014

Kini PAS dah semakin bijak dan berani...........

Nasarudin sedang menunggu notis saman Guan Eng

Nasrudin tidak terima notis saman Guan Eng


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata beliau tidak menerima sebarang notis tindakan undang-undang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaannya mengenai pembinaan terowong dasar laut di negeri itu diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.

Sambil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan itu, Nasrudin berkata beliau juga bersedia berdepan saman itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Kemerdekaan anjuran PAS Pusat di Padang Temerloh Jaya, hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kali ni Tok tabik sama pemimpin2 PAS yang sudah mule menampak kan kebijaksanaan nye dan dah mule pule tunjuk kan keberanian nye. Selame ni Tok peratikan PAS ni selalu tunduk dan akur pade segale kehendak DAP dan PKR. Tok puji sikap keberanian AJKK PAS Pusat yang sedikit pun tidak gentar dengan ugutan saman oleh KM P Pinang Lim Guan Eng.

Tok haraf pemimpin2 PAS yang lain2 tu pun kene ikut langkah keberanian yang di tunjukkan oleh Tn Hj Nasrudin Hasan tu. Tok yakin YB Lim Guan Eng tidak berani  meneruskan saman nye terhadap pemimpin PAS. Ape2 pun PAS harus berwaspade dan sentiase bersedie untuk menghadapi sebarang tindakan jahat dari DAP.

Sebenar nye PAS banyak membantu DAP P Pinang semase PRU 13 yang lepas, tapi malang nye DAP telah menganak-tirikan PAS. PAS telah memenangi satu kerusi DUN tapi tidak di berikan peluang menduduki kerusi EXCO negeri P Pinang. Perkare ni jelas telah menunjukkan bahawe DAP tidak suke PAS berade bersame dalam pentadbiran negeri P Pinang.

PAS harus sedar DAP sebenar nye tidak pernah jujur terhadap PAS.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,