Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Julai 31, 2014

Sudah tiada persefahaman lagi dalam Pakatan Rakyat....?

Dr Zuhdi digesa mohon maaf, selamatkan reputasi PAS


KUALA LUMPUR, 30 JUL – Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mesti meminta maaf atas kandungan analisanya dan

menyelamatkan reputasi Pas yang membawa slogan ‘Pas for all’ atau ‘Pas untuk semua’.

Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam kenyataan pagi tadi, sambil menekankan bahawa penjelasan Mohd Zuhdi ke atas kontroversi perbualan Whatsapp nya langsung tidak menyentuh isu isi kandungan analisa yang rasis dan ekstremis.

‘Analisa’ Zuhdi itu dilihat berbaur rasisme dan ekstremisme apabila menyifatkan hak warga bukan Islam dan bukan Melayu sekadar boleh dijentik dan disergah.

“Analisa Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Menurut Tony, bukan soalnya sama ada kenyataan Mohd Zuhdi dalam WhatsApp itu adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

“Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya,” jelas beliau.

Dalam perbualan yang tersebar di ambang Syawal itu, ‘analisa’ Mohd Zuhdi antara lain menyatakan, “DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Kata Tony lagi DAP berharap supaya PAS mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berfikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti PAS yang berslogan “PAS for All” tidak terus tercemar. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,