Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Oktober 18, 2013

Bangsa melayu/Islam semakin hilang kuase.................



Isnin, Oktober 14, 2013

Satu tamparan hebat terhadap PAS............

Kerajaan menang rayuan


PUTRAJAYA: The Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah.
Ini berikutan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara di sini hari ini untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "Tuhan".

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mempengerusikan panel tiga anggota hakim berkata ia dianggap dapatan mahkamah bahawa Kementerian Dalam Negeri tidak bertindak dalam apa-apa cara yang mewajarkan campur tangan badan kehakiman mengenai keputusannya melarang penerbitan itu menggunakan kalimah Allah.

"Mengenai keterangan di hadapan kita juga kami berpuas hati bahawa bahan rujukan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh menteri (dalam negeri) dalam melaksanakan tugas dan kuasa berkanun mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Beliau berkata ia juga penghakiman mahkamah bahawa keadaan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam permit penerbitan Herald melarang The Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," kata Hakim Apandi yang membaca ringkasan keputusan itu.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Feb, 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sini undang-undang, tidak sah dan batal. - Bernama

Ahad, Oktober 13, 2013

Shahrizat, Khairy, Mas Ermieyati rai kemenangan

KETIGA-TIGA tiga calon ketua sayap, Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Mas Ermieyati Samsudin meraikan kemenangan sebagai Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO di PWTC malam tadi. - UTUSAN/NOORADZRENER MOHD NOOR
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khari Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Mas Ermieyati Samsudin, muka baharu yang menang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, meraikan kemenangan tidak rasmi mereka tengah malam tadi.

Walaupun keputusan rasmi dijangka hanya akan diumumkan oleh ibu pejabat UMNO sekitar 3 pagi ini, namun ketiga-tiga ketua sayap UMNO itu telahpun meraikan kemenangan dengan masing-masing menjulang tangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ini berikutan, laporan daripada bahagian-bahagian menunjukkan ketiga-tiga calon tersebut memperoleh kemenangan besar iaitu melebihi jumlah sebahagian daripada 191 bahagian yang bersidang dan melakukan pemilihan semalam.

Ketiga-tiga calon itu dijangka mengadakan sidang akhbar di PWTC di sini pada bila-bila masa.
- UTUSAN ONLINE

Ahad, Oktober 06, 2013

N20 DUN Sungai Limau kembali ketangan UMNO.

Tok yakin PRK DUN Sungai Limau yang akan di adekan pade 4 Nov 2013 ni pasti akan memehak kepade UMNO. Pade pandangan Tok kini PAS sedang berade di tahap kejatuhan nye. Walaupun PAS nampak semakin mendapat sokongan dari kaum kafir tapi malang nye PAS juge telah semakin di tinggalkan oleh kaum melayu/islam.

Umum mengetahui sebab2 mengape kaum kafir tibe2 menyokong PAS, di sini Tok tak perlu berikan ulasan panjang berkenean sokongan kafir terhadap PAS. Orang melayu/islam yang berfikiran waras sahaje yang dapat memahami mi nye dengan mudah.

PAS sudah berubah secare total selepas mendapat 'sokongan yang tidak ikhlas' dari kaum kafir. Perjuangan islam dalam PAS sudah bertukar arah - PAS sudah tinggalkan perjuangan islam nye. Kini PAS ber mati2an memperjuangkan supaye kalimah Allah boleh di gune pakai oleh kaum yang beragame kristian.

Negare Islam dan Hukum Hudud yang di laung2 kan oleh pemimpin2 PAS satu ketike dahulu kini sudah tidak kedengaran lagi. Semue pemimpin2 PAS tidak berani lagi melaungkan perkataan Negare Islam dan Hudud. Orang melayu/islam sedar tentang perkare ni, inilah sebab utame mereke sudah hilang kepercayean nye terhadap PAS.

Sebenarnye PAS juge sudah tiade modal lagi untuk menghentam UMNO pade PRK N20 DUN Sungai Limau nanti. Rakyat sudah terase hidup selese aman dan makmur di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh UMNO.