Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Julai 31, 2013

Di tujukan khas kepade ahli2 dan penyokong2 PAS yang berfikiran waras..................

Kontroversi Hudud: DAP bersetuju dalam Negara Berkebajikan
 
Lim Guan Eng | Jul 30, 2012 02:28:36 pm














MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong PAS dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam serta serangan peribadi yang menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.  Kedua-dua MCA dan Gerakan seakan-akan "pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu" dengan cubaan mereka untuk menutup kegagalan untuk menuntut tindakan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam.

Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah.  Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.  Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.  Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani "dasar bersama" yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.  Jelas, "dasar bersama" tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan.

1 ulasan:

  1. Masalah Orang Melayu ni sebenarnya bermula di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS dan pembangkang amnya... Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak sedikit masa dulu. Ianya tidak bermula di Johor, atau Negori, atau Melaka atau Pahang...tetapi mungkin di Terengganu....di mana sembahyang dua Imam mungkin masih lagi berlaku...
    Hayatilah wahai bangsaku....

    BalasPadam

, , , ,