Blog Anda Pasti Tersenarai Ke dalam Blog List Tok Gajah

sentinel103

sentinel103

sentinel103

sentinel103

Jumaat, April 05, 2013

Pakatan Rakyat sudah menempah maut sekali lagi di Parlimen Pasir Salak, DUN Kampung Gajah dan Sungai Manik.


Imbas kembali,
25 Oktober, 2009

Mustafa Kamil Ayub? Tahniah Anwar! PKR Perak Bakal Lingkup!

Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya 
Tuan Hj Osman 
dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu. Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak! Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi! Kisah Mustafa Kamil Ayub. Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat. Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan. Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah. Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit...hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar. Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak...apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak. Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!

Dicatat oleh TheSniper di Ahad, Oktober 25, 2009



Di bawah ni sedikit ulasan terkini dari Tok Gajah,


Hari ini nama tuan Hj Osman ini lah yang di sebut2 dan di ura2 kan untuk menyandang calun DUN Sungai Manik bagi PRU-13 ini. Malang nye beliau telah mendapat tentangan yang hebat dari penyokong2 dan ahli2 PAS di kawasan DUN Sungai Manik.

Keadaan ini sudah nampak rede sedikit kerane kunun nye tuan Hj Osman ni akan di gugurkan dan akan di gantikan dengan calun dari PAS pule. Bayangkan betape kecewe nya penyokong PKR apebile calun mereke di gugurkan dengan tibe2.

Permasalahan dalam PR ini tidak berakhir di sini saje, sekarang kite kembali pule kepade cerite sejarah 2009 yang tercatat di bahagian atas ni. Dengan kembali nye kemunculan si Mustafa Kamil ni ke Pasir Salak, luke lame pasti akan berdarah kembali.


Sekarang Tok nak tanye sikit kepade si Anwar Ibrahim ni, setelah si Mustafa Kamil ni di tabalkan di Parlimen Pasir Salak, kemane pule nak di hayunkan saudare Abdul Razak ni? Nak campak kan ke longkang begitu saje? Sedang kan beliau ni lah yang bertungkus lumus menghidupkan PKR yang telah di tinggalkan terbongkang oleh Mustafa Kamil selepas PRU-12.

Tok yakin, perkare yang sebegini banyak lagi terjadi di mane2 sahaje ade ujud PAS dan PKR bertembung. Contoh di atas ni ialah pertembungan di antara PKR dengan PKR dengan PAS..........