Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Julai 13, 2012

XPDC Hijau DUN Sg Manik : Tikus disebalik labu....


Pade posting yang lalu Tok ade juge sentuh sedikit2 tentang DUN Sg Manik, Teluk Intan, Perak. Kebetulan Tok tinggal berhampiran DUN Sg Manik. Tiap2 hari Tok berada di gerai mee Wak di parit 1B berihat untuk minum teh. Tok ke sini kerana ade memiliki se kangkang dua kangkang kera sawah padi. Sekarang musim membajak sudah bermule.

Tok ade terdengar sembang2 dari penduduk di kawasan ni menyatakan 'perperangan saraf' sedang berlaku antara PAS dan PKR kerana merebut kerusi DUN Sg Manik. Pada PRU12 yang lepas kawasan DUN ini di beri peluang kepada calun PKR dan tewas.

Sekarang PAS ade alasan untuk mengambil aleh kawasan DUN ini dari PKR dengan sebab2 PKR pernah di tewaskan. PAS anggap sangat adil jika DUN ini di serahkan kepada PAS, kerana PKR diberikan kerusi parlimen sekali lagi pada PRU 13 nanti. PAS anggap sangat tidak adil jika PKR menguasai ke dua2 nya.

Sebenarnye XPDC Hijaukan DUN Sg Manik yang di adakan pada 8 Julai tu se mate2 tanda protest dari PAS untuk beri isyarat kepada PKR supaya DUN Sg Manik di serah kan kepada PAS. Perkara ni di anggap benar kerana tidak ade seorang pun wakil dari PKR yang menyertai XPDC tu.

Selain dari itu, ade juge kedengaran perbualan bahawa jika PKR berdegil tidak mahu mengalah, maka penyokong2 PAS akan boikot dan tidak akan turun mengundi pada PRU13 akan datang ni. Cerita ni Tok terdengar sendiri dari mulut se orang ustaz@imam yang tinggal di parit 4A.

Sambung ceritanye lagi, penyokong2 PAS mahu ajar ke sombongan PKR sehingga hilang wang pertaruhan nye. Ini tidak mustahil jika penyokong PAS memangkah UMNO sebagai undi protest. Hari ni kedudukan UMNO yang sememang nye sudah kuat, make ianye akan ber tambah2 kuat lagi.

3 ulasan:

  1. SALAM ZIARAH TOK..TERIMA KASIH KERANA SUDI LINKKAN BLOG SAYA KE BLOG TOK. PERTAMA TAMA SAYA NK MOHON MAAF BYK2 KERANA BLOG SAYA SEBELUM NI ADA MSLH DGN GOOGLE. JADI SAYA TAK BLH NAK LINK MANA2 BLOG LG KERANA DAH CUKUP KUOTA (300 BLOG SATU2 MASA). SAYA CUBA UN'LINK' BLOG YANG TAK AKTIF UNTUK LINKKAN BLOG BARU JUGAK TAK BERJAYA KERANA INTERFACE BLOG BARU ADA MSLH. BAGAIMANAPUN SAYA DAH LETAKKAN BLOG TOK DI RUANGAN PEJUANG "KAMIKAZE 3"..HARAP TOK FAHAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bebanyak, ni pun dah kira terbaik.

      Padam
  2. nice blog,and good article,... love this blog...

    BalasPadam

, , , ,