Facebook pejuang tokgajah46

Isnin, Jun 18, 2012

Bershyukur kepada Allah kerana di perintah UMNO

Tok rase dah sampai mase nye kerajaan bertindak dengan lebih tegas tentang hasutan dab fitnah yang sedang berleluasa disebarkan oleh parti2 pembangkang. Agak sudah terlalu lame kerajaan bersikap lembut dan bersabar terhadap petualang2 negara ini. Jika ianye terus dibiarkan, kelak buruk padah nye.

Sebenarnye Malaysia kini sedang di perintah oleh sebuah parti yang benar2 berpengalaman dan bijak mengurus pentadbiran negara. Mungkin bagi anak2 mude yang di lahir kan selepas merdeka kurang memahami keadaan perkembangan kemajuan negara di bidang ekonomi dan sosial.

Tok dilahirkan dalam zaman tahun empat puluhan, zaman negara di bawah perintah penjajah Inggeris. Tok tahu bertape azap sansare nye kehidupan di zaman itu. Jika di bandingkan dengan kehidupan di hari ini ianye boleh lah di katakan ibarat langit dengan bumi.

Hari ini boleh dikatakan semua rakyat Malaysia hidup nye senang dan mewah  walaupun masih lagi ujud segelintir manusia yang masih susah. Ini memang sudah menjadi lumrah alam - ada susah ada senang. Tok tak perlu lagi cerita banding bandingan kehidupan rakyat dengan di negara2 jiran kita.

Satu petanda yang nyata bahawa Malaysia negara aman, makmur dan kaya ialah tentang keujudan ramai pendatang2 asing yang berhijrah cari makan ke Malaysia. Persoalan nye mengapa pendatang2 ini tidak berhijrah cari makan ke Indonesia, Thailand atau Myanmar? Mengapa mereka bertumpu ke Malaysia?

Sepatutnye kita rakyat Malaysia harus bershyukur terhadap Allah kerana mengurniakan pemimpin2 yang bijak menerajui negara kita. Pemimpin2 UMNO ni sebenarnye salah satu dari kurniaan Allah untuk memimpin umat2 melayu/Islam. Teguh Islam, hidup Melayu dan aman makmur negara di bawah payungan UMNO.