Facebook pejuang tokgajah46

Ahad, April 08, 2012

BERSIH 3.0 - tutup kelemahan Pakatan Rakyat

Tok tertarik dengan cadangan pemimpin2 PR untuk anjurkan Bersih 3.0 ni. Pada Tok mereka ni dah kehabisan modal kempen nye. Mereka tahu dan sedar bahawa rakyat dah kembali menyokong kerajaan BN. Dato Seri Najib telah berjaya memulihkan keadaan BN/UMNO kepada tahap yang terbaik.

Boleh di katakan tiada terdengar lagi rungutan kesusahan dari rakyat jelate. Yang sentiasa merungut dan rase tidak puas hati ni cume timbul di kalangan pemimpin2 Pakatan Rakyat sahaja. Segala kebaikan yang telah di buat oleh kerajaan semuanye tidak baik dan salah belake.

Semakin hampir menjelang nye PRU13, PR dah jadi semakin bercelaru. Bab cerita negeri Kedah ni semua dah maklum tahu. Tapi pemimpin2 nya cube sembunyikan nye.  Harapan PAS untuk kekalkan Kedah amat tipis. Itu sebab mereka cube tutup nye dengan mengadakan perhimpunan permulaan bagi Bersih 3.0.

Sebenarnye rakyat Kedah bukan nye mudah hendak di perdayakan dengan Bersih 3.0 tu. Rakyat Kedah bukan nye boleh terperdaya dengan Bersih 3.0 tu, perbuatan bodoh, membuang mase dan tenage aje. Langsung tak de ape faedah nye.