Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Februari 03, 2012

Melayu hilang kuasa................

Tok haraf sangat program road-show yang di anjurkan oleh Dato Dr Hasan Ali dapat di teruskan sehingga tiba Pru 13. Kaum melayu harus di sedarkan tentang niat buruk PKR dan DAP terhadap PAS. Walau pun road-show ini baru bermula, sedikit sebanyak ianya telah menyedarkan orang melayu.

PKR dan DAP bukan nya rakan yang sesuai bagi PAS untuk berkongsi kuasa. Kaum melayu bernasib baik pada PRU 12 yang lepas kerana UMNO masih lagi berkuasa. Bayangkan jika sekiranya PR menang dan berkuasa, berapa orang MP dari PAS dan PKR yang berbangsa melayu  akan berada dalam parlimen.

Perkara buruk ini pernah berlaku di negeri Perak apa bila PR berkuasa, anggota EXCO nya terdiri dari 7 orang bukan melayu dan 4 orang melayu termasuk MB. Di P Pinang pula 9 bukan melayu dan 2 orang sahaja melayu nya. Di Selangor pula, walau pun ianya sama banyak 5 bukan melayu dan 5 melayu tetapi yang lebih bersuara ialah yang 5 orang bukan melayu.

Jika sekiranya perkara yang sama berlaku dalam perlimen maka hilang lah kuasa melayu. Bagi mengelak kan perkara buruk ini berlaku, kaum melayu harus menolak PAS dan PKR kedalam longkang.