Facebook Atuk Banjar Masin

Khamis, Januari 26, 2012

Pemimpin2 PAS termakan nasi kangkang!!!!!

Walaupun Tok orang UMNO, tapi Tok menghormati juga pemimpin2 PAS yang terdiri dari alim ulamak. Tidak boleh di nafikan tentang tinggi dan hebatnya ilmu keagamaan pemimpin2 PAS ini. Malang sungguh segala ilmu keagamaan ini di salahgunakan untuk berpolitik semata mata.

Berbalik pula kita kepada cerita tentang 'parasit' dalam PAS. Apakah sebenaarnya parasit itu? Kalau tak silap Tok makna nya lebih kurang begini, sesuatu yang hidup menumpang, kalau pada pokok contohnya ialah 'dedalu', kalau pada manusia atau haiwan pula ada lebih banyak parasit yang hidup menumpang dalam badan nya seperti cacing, kutu dan bateria.

Parasit2 ini memang sangat merbahaya kerana ia boleh membunuh pokok atau tubuh badan yang ia tumpangi secara per lahan2. Maka perkara yang sebegini lah sedang berlaku pada tubuh PAS. Ada juga pemimpin2 PAS yang berpendapat bahawa parasit itu ialah dari kalangan pemimpin2 PAS itu sendiri.

Jika tanggapan nya begini, Tok tidak setuju sama sekali. Apa dan mengapa sebab nya pemimpin2 PAS ini mahu bunuh PAS sendiri? Kan ke ini satu kerja yang sangat merugikan PAS itu sendiri.

Tafsiran Tok tentang parasit dalam PAS ada berlainan sedikit. Kalau tak salah Tok parasit yang sebenar dalam PAS ialah PKR dan DAP, itu saja. Parasit2 PAS ini sebenarnya menyokong PAS secara luaran sahaja, tentang idealogi dan perjuangan PAS pasti mereka akan tentang habis2.

PKR dan DAP memang anti negara Islam yang di angan2 kan oleh PAS. PAS bukan nya tidak tahu yang PKR dan DAP itu tidak pernah sokong PAS untuk mengujudkan negara Islam bagi Malaysia. Bahkan Presiden DAP telah terang2 menolak cadangan PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Tok teringin untuk memberi sedikit ulasan lagi tentang pengambil alehan portpolio agama Islam di Selangor. Sebenarnya sudah lama PKR dan DAP mahu lucutkan portpolio itu dari PAS. Mereka anggap PAS tidak layak kerana tindak tanduk PAS yang selalu kacau rumah2 urut, pusat2 judi dan hiburan di Selangor.

Kunun2 nya PAS mahu Selangor di tadbir secara Islam, bersih dari segala perbuatan maksiat. Ini mana boleh jadi, sebab bilangan rakyat nya yang beragama Islam lebih kurang sama ramai nya dengan yang bukan Islam. Jika di biarkan PAS terus pegang portpoli agama Islam Selangor pasti pengundi2 dari kaum yang bukan islam akan marah PR.

Orang2 Islam di Malaysia harus ambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku di Selangor. Bayangkan jika sekiranya PR berkuasa memerintah negara, orang2 melayu/islam akan menerima pada yang sangat buruk. Ketika itu PAS tidak ada apa2 makna lagi bagi orang melayu/Islam. PAS ibaratkan sudah makan 'nasi kangkang' PKR dan DAP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,