Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Julai 08, 2011

Isu BERSIH tidak perlu di perbesarkan.

BERSIH bukan nya satu 'pertubuhan yang besar atau berpengaruh. Ianya tidak perlu di perbesarkan oleh media2 yang pro kerajaan. Perkara yang sekecil ini sepatutnya media2 seperti akhbar, redio dan TV tidak perlu siarkan nya. Dengan tindakan pehak media yang memperbesarkan perkara kecil ini, ianya sudah menjadi besar.


Negara kita mempunyai anggota keselamatan yang kuat dan cukup terlatih dalam menangani semua hal yang berkaitan dengan keselamatan dan keamanan negara. Kita cuma serahkan perkara ini kepada pehak polis sahaja. 


Apa yang perlu dilakukan pertamanya tahan sahaja pemimpin2 atau 'tekong' yang menganjurkan nya atas dakwaan menggugat keselamatan dan keamanan negara. Langkah seterusnya tangkap pengikut2 atau pencacai2 nya.


Jika perlu kerah kan semua anggota rela untuk membantu polis menangkap pencacai2 yang menyokong untuk hadir dalam perhimpunan itu. Kerajaan perlu bertindak tegas dan keras dalam perkara ini. Barang sesiapa yang tertangkap menghadiri perhimpunan haram ini perlu di kenakan denda tidak kurang RM 2000 dan penjara 3 bulan. 


Penyokong2 perhimpunan haram ini boleh lah dianggap sebagai pengkhianat kepada negara.