Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Januari 31, 2011

Amaran Ke Dua untuk pemimpin2 PAS yang pekak tuli

Pemimpin2 PAS masih berkhayal selepas kemenangan besar pada PRU12 yang lepas. Kunun nya umat Islam menyokong PAS dan kaum kafir juga telah mula mendekati Islam dan menyokong PAS. Malang nya umat Islam yang menyokong PAS itu sudah mula sedar dan telah dapat menilai dengan bijak peranan2 pemimpin2 PAS bersengkokol dengan DAP.

Persengkokolan PAS dan DAP semakin hari semakin terserlah, PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 mahu menguatkan parti PAS dengan sokongan DAP. Sebalik nya DAP juga mempunyai niat yang sama. Perjuangan PAS sudah jauh tersasar dari tujuan asalnya. DAP semakin bertambah kuat kerana sokongan PAS, sedangkan parti komunis itu terang dan nyata anti Islam.

PKR parti serpihan dari UMNO yang dianggotai oleh pemimpin yang telah kecewa dalam UMNO. Pemimpin2 itu memang patut keluar dari UMNO, kerana mereka semua nya terdiri dari manusia yang tidak punya pendirian yang tetap. Boleh berubah bila2 masa sahaja, saksikan betapa ramainya mereka telah tinggalkan PKR dan menjadi ahli bebas pula.

PAS sudah tertipu oleh DAP dan PKR. Kini PAS sedang menerima akibat natijah buruk kerana bersengkokol dengan DAP dan PKR. Dua PPK PAS tersungkur, satu dinegeri kubu kuat nya sendiri iaitu DUN Manik Urai PAS menang tipis, kalah DUN Galas  dan seterusnys kalah lagi  di DUN Tenang.

Di DUN Manik Urai kita saksikan PAS sudah ditolak oleh umat Islam dan di DUN Tenang pula kaum bukan Islam pula sudah mula menolak PAS. Jika PAS masih berdegil memekak kan telinga dan membutakan matanya, pasti riwayat PAS akan berakhir pada PRU13 akan datang.

Kembali bersama UMNO dalam BN tidak bermakna PAS hilang perjuangan Islam nya. Sebalik nya PAS pasti akan lebih mendapat sokongan nya dari kaum Islam. Bertindak sebelum terlambat.

Islam Tolak Parti PAS

Pemimpin2 PAS harus sedar bahawa umat Islam di Malaysia hari ini sudah mula menolak Parti PAS. Dua  PRK telah memberi peringatan kepada PAS bahawa parti itu sudah di tolak. Undi yang menyelamatkan calun PAS dari hilang wang pertaruhan nya di N5 DUN Tenang ialah dari undi kaum cina sahaja. Tanpa undi dari kaum cina pasti calun PAS akan hilang wang pertaruhan nya.

Pemimpin2 PAS harus akui bahaw umat Islam sudah sedar tidak merestui PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR. Kanak melayu/Islam yang hingusan pun sudah mengerti niat buruk DAP terhadap Islam. Hanya penyokong Parti PAS yang kurang pelajaran dan pengetahuan sahaja yang masih ter gila2 menyokong Parti PAS.

Kini Parti PAS hanya berharaf undi dari kaum cina sahaja. Sedangkan Parti PAS tidak akan mendapat kerusi dikawasan majoriti nya kaum cina. Parti PAS juga sudah kehilangan sokongan dari PKR kerana PKR juga sudah mula mengikut jejak langkan Parti Semangat 46 yang sudah berkubur. PRU13 pasti akan melenyapkan Parti PAS. 

Jumaat, Januari 28, 2011

Doa Tuan Guru sudah kurang mustajab

Semenjak kebelakangan ini nampaknya PAS sudah mula mengikuti langkan kejurang kepupusan seperti Keadilan Rakyat. Sokongan umat Islam terhadap PAS semakin berkuangan jika ianya dibandingkan pada masa sebelum PRU12 yang lepas.

Ada banyak faktor yang menyebabkan umat Islam sudah mula menolak PAS. Faktor utama nya ialah disebabkan PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR. Secara umum nya semua umat Islam tahu bahawa DAP itu parti komunis yang anti Islam. DAP menyokong PAS bukan atas dasar menyetujui perjuangan PAS kearah pembentuk kan negara Islam. Sokongan DAP itu se mata2 untuk menguatkan kedudukan nya sahaja.

Sedangkan PKR pula hampir semua pemimpin2 nya dari orang2 yang kecewa dalam parti asalnya dan menubuhkan sebuah parti yang sangat rapuh dan tiada arah tuju yang mutlak. Tujuan nya hanya se mata2 untuk 'merampas' kuasa kerajaan yang sedang menerintah.

Ke tiga2 parti ini tidak sehaluan dalam manifesto nya sebagai pemerintah negara. PAS negara Islam, DAP anti Islam dan PKR entah apa2 pula. Negara akan jadi kucar kacir dan huru hara jika tiga buah parti ini memerintah negara. Sedangkan belum memerintah pun kita sudah saksikan bertapa kusutnya pucuk pimpinan parti2 ini.

Rakyat sedar dan bijak meneliti dan membandingkan buruk baik pemerintah yang ada hari ini. Negara kita adalah salah satu negara yang paling baik dan maju dalam segala lapangan pembangunan, sosio ekonomi dan kesihatan. Tidak ada penduduknya yang pernah mati kebuluran atau pun yang tinggal dibawah kolong.

Mungkin ramai anak2 muda mudi kita tidak pernah mengetahui lebih2 lagi merasai bagai mana perit nya kehidupan kita dizaman sebelum merdeka dahulu. Ini kerana anak2 muda mudi hari ini dilahirkan dan dibesarkan dizaman hidup kemewahan. Segala2 ada dan mudah didapati. Mereka tidak pernah kesawah keladang membanting tulang. Mereka ini boleh lah di katakan 'born with silver spoon'.

Kesedaran rakyat inilah yang akan jadi benteng pertahanan bagi melawan musuh2 yang mahu meruntuhkan negara kita yang aman dan makmur ini.

Walaupun ribuan juta doa yang dipohon oleh mana2 pehak yang berniat buruk untuk meruntuhkan negara ini pasti ianta tidak akan di makbulkan ALLAH.