Facebook Atuk Banjar Masin

Sabtu, Disember 24, 2011

PAS boleh ganti UMNIO, jika ada ramai pemimpin macam Hasan Ali dalam PAS

Salah satu slogan PAS yang popular ialah : "PAS ganti UMNO". Tok setuju dengan cadangan baik dari PAS ini, malang nya jika PAS masih di pimpin oleh pemimpin2 yang sudah lapuk seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan rakan2 nya pasti negara akan di timpa bale.

Pemimpin2 PAS yang ada sekarang semuanya berfikiran jumud dan sudah lapuk ketinggalan zaman. Perjuangan PAS juga tidak pernah konsisten sentiasa berubah mengikut selera sahaja. Pada permulaan nya PAS memperjuangkan Islam secara tulin. Kaum kafir tidak boleh dijadikan sahabat, UMNO mereka anggap kafir kerana bersahabat dengan MCA dan MIC.

Yang pelik nya sekarang mereka boleh pula bersahabat dengan DAP dan PKR sedang kan DAP adalah parti orang kafir yang tulin. Paling buruk sifat pemimpin2 PAS ialah tentang permusuhan politik nya dengan kaum se agama dan se bangsa iaitu MELAYU/ISLAM dalam UMNO. Anggapan PAS bahawa DAP itu lebih suci dari UMNO telah membuat orang2 melayu meluat dengan PAS.

Hari ini sudah ramai pemimpin PAS sedar tentang kesilapan yang di laku kan oleh PAS, malang nya kerana terikat dengan sumpah 'BaiAh', tidak seorang pun yang berani keluar parti seperti yang telah berlaku dalam PKR. Walaupun demikian, ada juga yang berani tampil kehadapan memberi isyarat lampu merah kepada PAS, beliau tidak lain tidak bukan ialah Dato Hassan Ali.

Keberanian dan sifat kerbukaan Hasan Ali tidak oleh disangkal lagi. Beliau berani menyatakan perkara2 yang benar secara jujur dan ikhlas. Malang nya pemimpin2 PAS yang jumud dan ketinggalan zaman terlah tampil mengutuk beliau tetapi tidak berani memecat atau menggantung ke ahlian nya. Persoalan nya, mengapa PAS tidak berani ambil tindakan terhadap Dato Hasan Ali?

Perkara utama PAS tidak berani ambil tindakan ialah ketakutan PAS akan lebih ramai lagi 'Hasan Ali' akan muncul. Dato Hasan Ali patut di puji kerana keberani nya memberi gambaran tentang PAS yang sebenarnya. PAS harus berani pula menerima kebenaran walaupun ianya sepahit jadam.

Jika semua pemimpin2 PAS yang ada ini berfikiran seperti Dato Hasan ketika itu lah "PAS boleh ganti UMNO". Jika tidak, ianya cuma tinggal slogan kosong sahaja.

1 ulasan:

, , , ,