Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Januari 28, 2011

Doa Tuan Guru sudah kurang mustajab

Semenjak kebelakangan ini nampaknya PAS sudah mula mengikuti langkan kejurang kepupusan seperti Keadilan Rakyat. Sokongan umat Islam terhadap PAS semakin berkuangan jika ianya dibandingkan pada masa sebelum PRU12 yang lepas.

Ada banyak faktor yang menyebabkan umat Islam sudah mula menolak PAS. Faktor utama nya ialah disebabkan PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR. Secara umum nya semua umat Islam tahu bahawa DAP itu parti komunis yang anti Islam. DAP menyokong PAS bukan atas dasar menyetujui perjuangan PAS kearah pembentuk kan negara Islam. Sokongan DAP itu se mata2 untuk menguatkan kedudukan nya sahaja.

Sedangkan PKR pula hampir semua pemimpin2 nya dari orang2 yang kecewa dalam parti asalnya dan menubuhkan sebuah parti yang sangat rapuh dan tiada arah tuju yang mutlak. Tujuan nya hanya se mata2 untuk 'merampas' kuasa kerajaan yang sedang menerintah.

Ke tiga2 parti ini tidak sehaluan dalam manifesto nya sebagai pemerintah negara. PAS negara Islam, DAP anti Islam dan PKR entah apa2 pula. Negara akan jadi kucar kacir dan huru hara jika tiga buah parti ini memerintah negara. Sedangkan belum memerintah pun kita sudah saksikan bertapa kusutnya pucuk pimpinan parti2 ini.

Rakyat sedar dan bijak meneliti dan membandingkan buruk baik pemerintah yang ada hari ini. Negara kita adalah salah satu negara yang paling baik dan maju dalam segala lapangan pembangunan, sosio ekonomi dan kesihatan. Tidak ada penduduknya yang pernah mati kebuluran atau pun yang tinggal dibawah kolong.

Mungkin ramai anak2 muda mudi kita tidak pernah mengetahui lebih2 lagi merasai bagai mana perit nya kehidupan kita dizaman sebelum merdeka dahulu. Ini kerana anak2 muda mudi hari ini dilahirkan dan dibesarkan dizaman hidup kemewahan. Segala2 ada dan mudah didapati. Mereka tidak pernah kesawah keladang membanting tulang. Mereka ini boleh lah di katakan 'born with silver spoon'.

Kesedaran rakyat inilah yang akan jadi benteng pertahanan bagi melawan musuh2 yang mahu meruntuhkan negara kita yang aman dan makmur ini.

Walaupun ribuan juta doa yang dipohon oleh mana2 pehak yang berniat buruk untuk meruntuhkan negara ini pasti ianta tidak akan di makbulkan ALLAH.