Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Mei 18, 2010

Image BN/UMNO perlu di bersihkan segera.


PRU 13 semakin hampir. Image UMNO masih ditakok lama. Dua PRK baru sahaja berlalu, nyata terserlah bahawa kaum cina masih lagi tidak menyokong BN. BN pasti akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan PR pada PRU 13 ini.

Telah terlalu banyak 'slogan' dicipta, tetapi slogan2 ini sedikit pun tidak mendatangkan apa2 kesan terhadap menarik kembali sokongan dari kaum cina. Hingga kini pemerintah masih lagi belum mendapat idea bagaimana kaum cina boleh kembali menyokong BN.

Sebenarnya perkara ini sangat mudah di lakukan. BN perlu di struktur semula supaya ianya bersih. Undur kan keluar semua pemimpin2 BN yang bermasalah. Kita masih lagi ada banyak pemimpin2 muda yang berwibawa yang boleh menerajui BN dengan bersih dan jujur.

Jika perkara ini berjaya di lakukan serta merta pun ianya belum lagi boleh menjamin BN/UMNO akan dapat diterima oleh semua kaum. Ianya juga akan mengambil sedikit masa untuk menyakinkan rakyat.

BN/UMNO akan musnah selagi pemimpin2 dan penyokong2 nya yang ada ini masih menganggap BN/UMNO sudah pulih dan mendapat sokongan dari semua kaum. Sebenarnya BN/UMNO tidak boleh berkuasa tanpa sokongan penuh dari kaum bukan melayu. Ianya disebabkan perpecahan kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR.

Pemimpin2 dan penyokong2 UMNO di ibarat kan sedang 'menari' diatas lantai yang reput, bila2 masa sahaja ianya akan runtuh. Jangan pandang kecil kekuatan parti lawan. Sudah jelas dan nyata mereka bukan sahaja nampak bertambah kuat tetapi sebenarnya mereka memang kuat.

Setiap kali PRK diadakan, sokongan mereka semakin bertambah, tidak kurang pula yang menang bergaya. Mereka berjuang cuma dengan 'gigi dan lidah' sahaja, sedangkan kita berjuang habis habisan mengunakan segala gentera kelengkapan dan menaburkan ratusan juta RM, tetapi masih tewas tersungkur juga.

Kita perlu buangkan dan kikis sikap dan perasaan sombong dan angkuh kerana memiliki berbagai 'senjata' yang canggeh. Memujuk atau menambat hati rakyat dengan wang ringgit sudah ketinggalan zaman, ianya tidak boleh berkesan kepada semua orang.

Khamis, Mei 13, 2010

Pengundi cina sukar di ramal.

Semakin dekat hari mengundi, semakin rancak kempen di lakukan oleh kedua2 parti yang bertanding di P212 Sibu, Sarawak. Majoriti pengundi nya ialah dari kaum cina yang melebihi 60%. Pada hakikatnya BN tidak sukar untuk mempertahakan P212.

Pengundi2 dari kaum cina di Sabah dan Sarawak sangat berbeza citarasa nya dalam memilih sesuatu parti yang mereka inginkan menjadi pemerintah. Negeri Sabah dan Sarawak sedang pesat membangun, kaum cina sangat teruja dengan pembangunan di sini. Maka untuk meneruskan pembangunan ini hanya BN sahaja yang mampu berbuat demikian.

Jika P212 Sibu jatuh ketangan pembangkang pasti semua pembangunan yang sedang berjalan rancak ini akan terhenti. PR memang tidak berupaya menerukan nya kerana kedudukan parti itu hanya sebagai pembangkang sahaja.

Para pengundi di P212 Sibu tidak akan mudah terperdaya dengan kata2 manis dan janji2 dari PR, itu sebab di setiap cerama dan perhimpunan yang dianjurkan oleh PR tidak mendapat sambutan.

Penyokong2 PAS dan PKR atau DAP yang datang dari semenanjung pasti akan pulang dengan kecewa dan tangan kosong.

Khamis, Mei 06, 2010

Masih adakah lagi sokongan kaum cina kepada UMNO?

PRK P94 HS telah berlalu, hasil nya sangat mengecewakan. Apa yang di haraf2 kan tidak mendatang. Sebaliknya PRK ini telah memberi bayangan bahawa kaum cina masih lagi belum mahu menyokong UMNO.

Sokongan kaum india juga boleh dipertikaikan. Jikasekiranya BN meletak kan calun dari UMNO pula, pasti kaum india ini juga akan menentang BN. Sokongan kaum india terhadap MIC sama juga dengan sokongan kaum cina terhadap MCA. Ke dua2 parti komponen BN ini sebenar nya sudah hilang sokongan dari kaum nya sendiri.

PM berserta dengan menteri2 yang lain setiap hari berkempen untuk mempromosikan 1 Malaysia. Nampaknya hasil nya sangat mengcewakan. MCA masih menuduh PERKASA lah yang menyebab kan kaum cina tidak menyokong BN/UMNO. Sebenar nya PERKASA tidak ada kaitan langsung dengan BN atau UMNO.

Sepatutnya para pemimpin2 MCA berkerja keras untuk memberi penjelasa yang sejelas2 nya berkenaan dengan PERKASA dan apa tujuan nya ditubuh kan. MCA sepatutnya tidak memberikan gambaran yang buruk terhadap PERKASA. PERKASA ditubuhkan bukan untuk menentang atau mengekang mana2 pehak sama ada dalam politik atau pun sosial.

MCA harus berkerjasama dengan UMNO untuk memberi penjelasan yang benar dan nyata berkenaan PERKASA kepada semua kaum bukan melayu di Malaysia.

Sebalik nya MCA harus menilai diri mereka sendiri, tanyakan diri sendiri, apakah usaha2 yang telah dilaku kan untuk menarik kembali sokongan kaum cina kepada MCA. Sedangkan MCA itu sendiri masih lagi belum nampak pulih. Keretakan2 pada MCA masih lagi jelas kelihatan.

Pada pandangan mata kasar, kita tidak lagi boleh berharaf atau menaruh harapan yang tinggi terhadap sokongan dari parti2 komponen seperti MCA, MIC, PPP atau Gerakan. Sokongan mereka ini sudah tidak lagi nampak ikhlas atau ber sungguh2.