Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, April 27, 2010

UMNO jangan syok sendiri.

Setelah tamat episod PRK P94 HS, berbagai analisa telah dibuat oleh semua yang berminat dan menceburi politik secara mendalam. P94 HS telah banyak merungkai apa yang tersurat dan tersirat dalam senario politik tahan air masa kini.

Kita telah menang dan berjaya menawan semula P94 HS dari genggaman PR. Kemenangan ini tercapai setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas siang dan malam. Tidak terkira juga segala jenis senjata yang ada telah digunakan semasa menentang lawan.

Sebenarnya hasil kemenangan yang kita perolehi itu tidak lah besar sangat yang boleh kita teriak kan atau di laung kan kesana sini. Sebalik nya kita ber musibah diri dan menginsafi melihat hasil yang diperolehi.

Musuh(PKR) yang kita tentang itu boleh dianggap sebagai ayam sakit yang menunggu masa sahaja untuk mati. Sepatutnya kita telah menang dengan majoriti yang besar sekurang2 nya lebih dari 5,000 undi dan bukan nya 1,725 sahaja, dan kita juga hampir tumbang di gasak oleh penyokong2 'ayam sakit' ini.

Dalam keadaan yang bermasalah dan dilanda ber bagai2 krisis, PKR masih berjaya meraih lebih dari 23,000 undi. Siapakah sebenarnya yang telah memberi sebegitu besar jumlah undi kepada parti yang kita anggap akan mati ini?

Kita dengan bangganya menyatakan bahawa BN sudah pulih dan diterima oleh semua kaum di Malaysia. Konsep '1 Malaysia' telah berjaya menyatukan semua kaum ke dalam BN. Adakah cerita ini benar?

Jika ianya benar, mengapa BN mengalami kekalahan di hampir semua peti undi di kawasan majoriti kaum cina.

Sokongan kaum india terhadap MIC juga sangat diragukan. Kaum india menyokong MIC kerana P94 HS masih dikekalkan dalam genggaman MIC. Fikir kan jika P94 HS diserahkan kembali kepada UMNO apa akan jadi.

Kita mesti akui bahawa kita masih lagi gagal untuk menarik kembali sokongan kaum cina dan india kedalam BN. Kita juga telah gagal dalam usaha kita untuk melemahkan perjuangan PR.

Pemimpin2 agung BN/UMNO harus bertindak segera mencari formula yang berkesan dalam menangani masalah ini sebelum PRU13 yang semakin hampir tipa.

BERUBAT SEBELUM TERLAMBAT

Isnin, April 19, 2010

Jangan terlalu menyerang dan memperkecil kan keperibadian Datuk Zahid.

Kita jangan terlampau giarah mem buruk2 kan keperibadian calun PKR di P94 Hulu Selangor. Mungkin ada sebabnya mengapa pemimpin atasan PR terutamanya PKR dan DAP mencalunkan Datuk Zahid untuk menentang BN yang diwakili oleh MIC.

Kita jangan lupa bahawa 53.9% kaum melayu di P94 Hulu Selangor bukan nya semuanya penyokong UMNO yang tulin. Kita akan menghadapi bencana jika sekiranya 10 atau 20 peratus melayu menolak UMNO. Jelas telah ada pergeseran dalam UMNO apabila seorang pemimpin nya dipecat kerana bertanding sebagai calun bebas menentang BN/UMNO.

Kita juga tidak wakin bahawa sokongan bukan melayu terhadap BN sudah pulih.  Terutamanya sokongan kaum cina terhadap MCA. Kedudukan MCA masih lagi samar2, kaum cina belum lagi yakin sepenuhnya terhadap MCA. Kita tidak boleh mengharafkan sokongan MCA untuk membantu kemenangan kita.

MIC juga tidak padu sokongan nya terhadap BN. Pemilihan calun juga sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian dalam MIC. Sama juga apa yang berlaku dalam UMNO bila ada juga pemimpin nya yang telah dipecat kerana bertanding bebas menentang BN.

Walaupun ke dua2 pemimpin UMNO dan MIC yang bertanding bebas ini boleh 'diselesaikan', kedudukan BN masih lagi boleh dianggap goyang.

Kita harus kendurkan cara pendekatan dalam semua hal yang berkaitan dengan kempen. Jangan serang keperibadian lawan. Jangan tunjukan sikat garang, bengis atau samsing terhadap lawan. Tangani semua masalah dan keadaan dengan lemah lembut dan bersopan santun setiap masa.

Selasa, April 13, 2010

P 94 Hulu Selangor, kawasan selamat bagi BN..........

Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, P 94 akan tetap kembali ke tangan BN. Tidak kira parti apa yang akan di pertandingkan sama ada UMNO, MCA atau MIC, asalkan ianya dari BN. Apa yang perlu di ambil kira ialah calun nya sahaja.

Kita semua tahu bahawa MIC juga seperti parti2 lain dalam komponen BN telah kalah teruk pada PRU12 yang lepas. Sebenar nya kekalahan ini bukan nya di sebab kan rakyat telah menolak BN, tetapi kerana isu beberapa orang pemimpin yang bermasalah.

P 94 akan menang mudah jika meletak kan seorang calun baru yang bersih. Calun ini mestilah tiada kaitan nya secara langsung dari mana2 'kem' dalam MIC, terutama nya kem Datuk Samy Vellu.

Kenyataan awal2 lagi dari Datuk Samy untuk mencalun kan semula Datuk Palanivel telah mengundang bencana kepada BN. Datuk Palanivel memang banyak berjasa terhadap penduduk Hulu Selangor. Masalahnya beliau sudah terlalu lama, sama juga dengan Presiden nya Datuk Samy Velu. Ke dua2 nya telah di gugurkan oleh pengundi/penyokong pada PRU12 yang lepas.

Calun MIC di P 94 mestilah muka baru yang bukan dari puak2 Datuk Samy dan Datuk Palanivel.

Isnin, April 05, 2010

Zaman 'kegemilangan' Pakatan Rakyat akan berakhir di P94 Hulu Selangor.


Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat.

P94 Hulu Selangor jatuh ketangan PKR kerana undi protest UMNO terhadap kepimpinan bekas PM yang lalu. Kini pengundi di P94 pasti tidak akan mengulangi peristiwa PRU12 yang lepas. Kemenangan bagi BN sudah pasti walau pun siapa yang akan dicalunkan oleh pucuk pimpinan parti.

BN akan merampas semula P94 dengan kelebihan majoriti yang besar. Ini akan terbukti kerana kepimpinan DSNTR sebagi PM yang hebat dan di sukai ramai. Kehebatan PM kita tidak boleh disangkal lagi. Setiap langkat dan gerak yang dilaku kan nya sangat berkesan terhadap pembangunan dan kemajuan bagi semua rakyat jelata.

PR, terutamanya PKR sudah kehabisan modal untuk menentang kemaraan BN di P94. PKR sedang dilanda krisis parti yang sangat teruk. Rakyat yang bijak sudah boleh menilai kedudukan PKR. Boleh di kata kan hampir semua pemimpin2 PKR itu berasal dari 'buangan' UMNO. Mereka boleh lah dikatakan sebagai hampas yang tidak berguna lagi.

PKR sanggup bersengkokol dengan parti DAP yang terang dan nyata anti melayu/Islam. Kesanggupan PKR bersengkokol dengan DAP ini telah membuat rakyat keturunan melayu/Islam membenci PKR. Begitu juga halnya dengan PAS. PAS sudah hilang arah tujuan asalnya, kini PAS sudah jadi sebuah parti yang tidak lagi memperjuangkan Islam.

Keujudan Pakatan Rakyat ini se mata2  untuk memecah belahkan kaum melayu/Islam. Pakatan Rakyat ujud dari hasil pemikiran DAP yang berniat merampas kuasa dan memusnahkan segala hak2 keistimewaan melayu/Islam. 

Hari ini mereka sudah mula menampak kan muka buruk mereka. Hasil nya melayu/Islam menjadi semakin tidak stabil lagi. Mereka sudah berani menentang dan mengugut pemerintah. Suara mereka semakin lantang dan 'kurang ajar' terhadap kita. Kebiadapan mereka ini terhasil se mata2 dari sokongan PKR dan PAS terhadap mereka.

PRK P94 akan menghukum PKR sehingga parti ini tidak ujud lagi di bumi Malaysia.

Khamis, April 01, 2010

P94 Hulu Selangor pasti akan kembali ketangan BN.

BN tidak sukar untuk menawan kembali P94 Hulu Selangor pada PRK yang akan diadakan tidak lama lagi. Kemenangan tipis oleh PKR pada PRU12 yang lalu se mata2 dari undi protest UMNO yang tidak bersetuju dengan bekas PM yang lalu.

Kini keadaan sudah berubah, rakyat sudah sedar dan dapat membezakan antara pemerintahan BN dan PR. Kesedaran rakyat ini sudah nyata terserlah pada PRK Manik Urai dan Bagan Pinang.

Penilaian rakyat ini akan sekali lagi kita saksi kan di P94 Hulu Selangor. Rakyat akan tetap kembali menyokong BN tidak kira ianya diwakili oleh UMNO, MCA atau MIC. Pada pendapat tok, adalah lebih baik ianya dikekalkan ditangan MIC. Di sinilah kita akan membukti bahawa setiakawan dalam BN tetap ujud dan kukuh.

Rakyat sudah sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah ujud dalam serti kata yang sebenarnya. P Pinang yang dikuasa oleh DAP tidak pernah disebutkan bahawa neberi itu dikuasai oleh PR, begitu juga dengan Kelantan yang dikuasai sepenuh nya oleh PAS. Kedah dan Selangor juga lebih kurang sama dengan negeri2 yang diperintah oleh pembangkang.