Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Mac 26, 2010

Dugaan pahit bagi PKR di P94 Hulu Selangor.

PKR sedang berada di ambang senja. Peristiwa lompat2 yang berlaku terhadap MP PKR telah menjadikan parti itu lupuh. PKR boleh di ibarat kan kuda tempang yang sedang tunggu masa untuk ditembak mati.

Bukan sahaja rakyat biasa yang sudah pinggirkan PKR, malahan sahabat2 nya dari PAS dan DAP juga sudah pinggirkan PKR. Jika PRK diadakan di P94 Hulu Selangor, adalah lebih baik PKR berundur diri sahaja.

Jikasekiranya PKR bertanding juga untuk mempertahankan P94, ada kemungkinan besar PKR akan kalah teruk sehingga hilang wang pertaruhan nya. Untuk menglak kan dari aib adalah lebih baik PKR tidak bertanding.

Kini UMNO sedang berada ditahap yang sangat baik dari sokongan rakyat. Sudah tidak ada isu2 yang akan melemahkan semangat rakyat untuk menyokong BN. Sebalik nya PKR telah diselubungi oleh berbagai isu yang buruk dan telah menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong PKR.

Paling malang bagi PKR apabila beberapa Ahli Parlimen nya melompat keluar parti serta mendedahkan segala keburukan PKR. Kini PKR sudah terumbang ambing tidak tentu arah. Ada kemungkinan besar penyokong2 dari PAS dan DAP sudah hilang kepercayaan terhadap PKR.

Selasa, Mac 23, 2010

PAS sudah benar2 kehabisan modal.

Sekarang Tuan Guru PAS ni mahukan Rukun Negara di pinda. "Kepercayaan kepada Tuhan" perkataan 'Tuhan' digantikan kepada 'Allah'. Maka bunyi nya jadi begini: "Kepercayaan kepada Allah".

Memang baik cadangan Tuan Guru ni. Akan tetapi malang nya Tuan Guru ini sudah lupa atau pun kureng faham tentang agama2 yang lain di Malaysia ini. Misalnya agama Hindu atau Budha, bila masa agama ni pernah tuntut mahu gunakan perkataan 'Allah' dalam agama nya? Kan ke Rukun Negara tu untuk semua bangsa/agama? Cuma perkataan 'Tuhan' sahaja yang paling sesuai di gunakan.

Seperkara lagi, pemimpin2 PAS ni masih lagi tidak mahu terima hakikat bahawa kristian juga tidak mementingkan pengunaan 'Allah' dalam segala upacara keagamaan nya. Pehak kristian yang ber sungguh2 mahukan pengunaan 'Allah' cuma penerbit majallah 'Herald the Catholic Weekly' sahaja. Itu pun untuk terbitan dalam bahasa melayu di Malaysia sahaja.

Tujuan kumpulan pendakwah kristian ini se mata2 untuk memesongkan akidah muda mudi kita yang kurang atau cetek penghayatan Islam nya. Pemimpin2 PAS ini semua nya sudah sedia maklum tahu dan faham akan tujuan pendakwah kristian ini. Malang nya, kerana terlalu giarah untuk berkuasa, mereka sanggup mengadaikan Islam demi kepentingan diri.

Kenyataan Tuan Presiden PAS mencadangkan pindaan kepada Rukun Negara ini telah mengujudkan keresahan dikalangan penganut2 agama Hindi, Budha dan lain2 yang tidak berpaksikan kepada 'Allah' dalam upacara keagamaan nya. Adakah TP PAS ini mahukan agama Hindu dan Kristian juga menguna kan perkataan 'Allah' dalam upacara keagamaan nya?

Isnin, Mac 15, 2010

PAS tersalah masuk pintu - .........

Sedang menunggu saat2 'akhir zaman' nya.

Pemimpin2 atasan PAS sebenar nya tahu siapa semua pemimpin2 PKR yang berketurunan melayu itu. Pemimpin2 PKR ini terdiri dari sekumpulan pemimpin2 UMNO yang telah mengkhianati UMNO. Mereka terdiri dari ahli2 yang telah kecewa atau telah dipecat dari UMNO. 

Walaupun mereka ini telah berada diluar UMNO dan telah menubuhkan PKR tetapi jiwa dan semangat UMNO nya masih lagi kuat tertanam dalam diri mereka. Setelah berada dalam PKR, kebanyakan nya sudah mula sedar bahawa perjuangan mereka cuma membazir dan buang masa sahaja.
Kini sudah tiba lah masanya mereka kembali berjuang semula dalam UMNO. Sebenar nya kemenangan besar PKR pada PRU12 yang lalu BUKAN kerana PKR itu kuat atau telah mendapat sokongan majoriti dari rakyat. Kemenangan itu cuma disebabkan berlaku pergolakan politik UMNO dibawah pimpinan bekas mantan PM Tun Abdullah Badawai.

Ahli2 dan penyokong UMNO yang kecewa dengan pimpinan Tun telah menyokong PKR sebagai undi protest. Perkara yang sebegini tidak mungkin akan berlaku lagi pada PRU13 akan datang. Ini kerana semua gulungan lapisan rakyat telah pun selesa berada dibawah pimpinan PM baru iaitu DSNTR.

Ini bermakna bahawa sokongan rakyat terhadap PKR itu cuma sokongan sementara sahaja. Begitu juga dengan PAS, parti ini juga telah mendapat tempias dari sokongan yang diperolehi oleh PKR. PAS juga telah bernasib baik kerana mendapat sokongan dari DAP. Sedangkan DAP mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi mengapa sanggup menyokong PAS.

PAS atau PKR tidak mingkin akan menerima nasib yang sama pada PRU13 akan datang. Rakyat yang telah membuat kesilapan pada PRU12 yang lepas tidak akan membuat kesilapan lagi pada PRU13 akan datang.

Selasa, Mac 09, 2010

Kesedaran pemimpin2 PKR akan hapuskan PR.

Parti Keadilan Rakyat pasti akan dibubarkan sebelum PRU13 menjelang. Kini para pemimpin2 nya yang bijaklaksana sedang sibuk berkemas untuk  keluar dari PKR dan seterus terus tinggalkan Pakatan Rakyat buat se lama2 nya.

PKR di tubuhkan oleh bekas pemimpin2 dan penyokong2 UMNO. Sebenarnya semangat dan jiwa mereka ini masih lagi berpaksikan kepada UMNO. Sangat sukar bagi mereka meninggalkan atau melupakan perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO sudah menjadi darah daging mereka.

Apa yang sedang mereka lakukan ialah tak ubah seperti bercerai dan rujuk semula, itu perkara biasa dalam kehidupan kita. Sama seperti orang yang sudah bercerai dan berkahwin dengan isteri lain, tetapi setelah beberapa bulan dia tersedar bahawa isteri yang diceraikan nya dulu lebih baik dari isteri baru nya. Maka dia akan ceraikan isteri baru nya dan kembali rujuk semula kepada bekas isteri lama nya.

PAS tak boleh marah2 akan perkara ini. PAS sepatutnya sedar diri dan insaf, kerana satu masa dahulu PAS kata dia pernah ditipu oleh UMNO, jadi mengapa pula PAS sanggup berkahwin pula dengan 'janda' UMNO?


Apabila sudah ramai pemimpin2 PKR ini keluar dari PR, maka sudah nampak jelas siapa yang akan lebih berkuasa di dalam PR. Sekarang pun sudah nampak jelas bahawa PKR atau PAS tidak layak jadi ketua pembangkang dalam parlimen. Nyata DAP yang lebih berkuasa.

Jikasekiranya PR berkuasa memerintah, inilah yang akan berlaku dalam pemerintahan negara kita. Mahukan kita kaum melayu/Islam diperintah oleh DAP? Jika anda mahu, sila berikan sokongan kepada PAS atau PKR.

Sebenarnya PAS cuma sebuah parti 'lemukut' sahaja. Ianya cuma boleh memerintah negeri sahaja bukan negara. Itu pun cuma negeri Kelantan sahaja. Kedah dan Selangor pasti akan kembali kepangkuan BN/UMNO pada PRU13 nanti.


Pada pendapat Tok, P Pinang sukar untuk ditawan semula, ini kerana sentimen perkauman oleh kaum cina yang hampir 80% menduduki negeri itu. BN/UMNO perlukan lebih 30% sokongan dari kaum bukan melayu ini untuk tawan kembali P Pinang. Tetapi jika kerajaan berhasil untuk membuat semula persempadanan kawasan PRU yang baru, kemungkinan besar kita akan berjaya menawan P Pinang.

Sudah nasib PAS, yang pasti PAS akan dikapankan bersama DAP pada PRU13 nanti.

Khamis, Mac 04, 2010

PKR pasti akan musnah

Terlalu banyak 'Musang Berbulu Ayam' dalam PKR

PKR pasti akan hancur sebelum PRU13 menjelang. Sekarang apa yang sedang berlaku dalam PKR boleh lah di ibarat kan seperti 'Durian Runtuh' dalam PKR. Satu demi satu pemimpin2 nya di peringkat wakil rakyat sudah mula keluar parti. Semua alasan yang di berikan adalah sama - TIDAK PUAS HATI.

PKR bukan lah sebuah parti yang sesuai untuk orang melayu. Parti ini tidak ubah sama seperti parti Semangat 46 yang telah mati tidak lama dulu. Parti ini terbentuk dari sekumpulan bekas pemimpin UMNO yang sudah 'murtard'. Pemimpin2 ini tidak berpendirian dan matlamat yang khusus, tujuan nya cuma untuk merampas kuasa dari UMNO sahaja.

Sekarang mereka sudah mula sedar akan perjuangan mereka ini adalah sia2 sahaja. Kerana UMNO tidak mungkin dengan muda di gugat atau di runtuhkan dengan mudah. Mereka juga sedar bahawa kuasa UMNO bukan lawan mereka. Kesedaran ini lah yang membuat pemimpin2 PKR yang sedar untuk berundur diri.

Mereka yang berundur ini juga sedar bahawa mereka tiada tempat istimewa dalam UMNO. Sebalik nya mereka telah membuat satu pengorbanan yang bersar terhada agama, bangsa dan negara. Mereka ini juga boleh dianggap sebagai wira2 negara.

Isnin, Mac 01, 2010

Sireh pulang ke ganggang.......

Syukur Al'hamdulilah, satu persatu pemimpin2 dari PKR telah sedar dan insaf, kini kembali kepangkuan UMNO. Se tidak2 nya pemimpin2 ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan UMNO dan sebalik nya akan dapat meruntuhkan semangar dan moral parti PKR, PAS dan DAP.

Apakah untung nya bagi orang melayu berjuang dalam Pakatan Rakyat? Sedangkan PR tidak punya arah tuju dan perjuangan yang jelas dan khusus bagi orang melayu/Islam. PR terbentuk dari idea pemimpin yang telah putus asa dan kecewa belaka. Mereka tiada asa perjuangan yang dapat menjamin masa depan kaum melayu/Islam.

Pakatan Rakyat diterajui oleh pemimpin yang sangat berlainan idealogi nya. Mereka tidak mungkin akan dapat bersatu dalam memimpin negara. Mereka hanya boleh bersatu dan berpakatan semasa menghadap PRK atau PRU sahaja. Lepas itu bila sudah mendapat kemenangan mereka akan masing2 membawa haluan nya mengikut kehendak parti masing2.

Kepada penyokong2 PAS dan PKR anda harus sedar bahawa DAP parti yang sangat perkauman. Negara akan menghadai bencana jika DAP dapat berkuasa memerintah negara. Kaum melayu/Islam akan tertindas seperti kaum melayu/Islam di Singapura.

Selama ini kita masih lagi hidup selesa, aman, makmur dan damai dibawah perintan BN yang di terajui oleh UMNO.