Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, September 27, 2010

Kuasa Politik Melayu sedang diruntuhkan oleh PAS dan PKR

Sokongan kaum bukan melayu yang mendadak terhadap PAS dan PKR telah banyak menimbulkan keraguan dalam pemikiran kaum melayu yang berfikiran matang dan bijak. Kaum bukan melayu terutamanya cina dan india bukan nya mudah bagi mereka menyokong melayu/Islam. Mereka menyokong PAS dan PKR dengan niat buruk untuk melemahkan kuasa politik melayu.

Satu ketika dulu kaum ini ber sungguh2 menyokong BN, kita memang tahu bahawa sokongan mereka sebenarnya tidak jujur atau pun ikhlas sedikit pun. Mereka menyokong BN se mata2 untuk meraih keuntungan dan kuasa untuk mencari harta kekayaan sahaja.

Pada masa itu, mereka sedikit pun tidak pandang sebelah mata pun terhadap PAS atau pun mana2 parti yang bukan pro kerajaan. Kemurahan hati kerajaan yang memerintah telah banyak membantu mereka jadi senang lenang dan kaya raya. Setelah mereka berjaya dalam ekonomi, kini hari ini mereka berhasrat pula untuk berkuasa dan memerintah negara.

PAS dan PKR mereka gunakan sebagai batu loncatan nya untuk mencapai cita2 nya. Penyokong2 PAS dan PKR yang buta tuli dan bodoh sombong harus segera sedar sebelum terlambat. Memang tidak mustahil PR akan berjaya memerintah negara jika DAP, PKR dan PAS berkerjasama dan mendapat sokongan padu pula dari kaum bukan melayu.

Soal penting yang harus kita ingat disini ialah, mampukan melayu mempertahankan kuasa politik nya dalam gabungan PR? Kita harus ingat bahawa bilangan kaum melayu dan bukan melayu hampir sama banyak nya. Melayu sudah berpecah dua atau tiga pumpulan, sedangkan kaum bukan melayu pula sudah bersatu dalam sebuah parti - iaitu DAP.

DAP yang telah mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dan mendapat sokongan dari melayu ini pasti akan mendapat majoriti kerusi dalam Dewan untuk memerintah negara. PKR atau PAS cuma ujud sebagai parti manoriti sahaja dalam PR kerana tidak mendapat sokongan penuh dari kaum melayu.

1 ulasan:

  1. bukan ke dah lama runtuh masa UMNO baik sungguh dgn MCA dan Gerakan, la ni tingal balance -balance je.

    BalasPadam

, , , ,