Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Jun 08, 2010

Kekuatan PAS...............

UMNO seharusnya tidak memandang rendah dan mudah tentang kekuatan PR terutamanya PAS. UMNO perlu membuat satu kajian tentang kekuatan PAS.

Jika dua tiga puluh tahun dahulu kita cuma anggap PAS cuma sebagai parti 'nyamuk' sahaja. Setiap kali mereka bertanding dalam PRK pasti calun nya akan hilang wang pertaruhan nya. Pada PRU pula jika mereka bertanding di luar Kelantan hampir semua calun nya akan hilang wang pertaruhan.

Perkara sesemikian sudah tidak berlaku lagi hari ini. Setiap PRK atau PRU calun2 PAS terus menambah bilangan penyokong nya. Sebalik nya UMNO pula yang mendapat semakin berkurangan sokongan nya. Ada kah UMNO sedar dengan perkara ini? Jika sedar, apa kah langkah2 tindakan yang telah dibuat oleh UMNO?

Sokongan rakyat terhadap PAS semakin bertambah. Ini lah hasil maksul dari ceramah2 yang tidak putus2 di buat oleh PAS diserata ceruk rantau bumi Malaysia dari dulu hingga kehari ini. Ceramah2 PAS ini telah berjaya menguatkan parti nya. Penceramah2 PAS turun padang tanpa arahan dan upah atau ganjaran dari pemimpin2 atasan nya.

Rakyat yang datang hadir pula sanggup menghulurkan sekupang dua kupang untuk membantu duit minyak dan makan penceraham2 itu. Ini lah salah satu sebab mengapa PAS semakin hari semakin bertambah kuat.

Sepatutnya UMNO harus 'meniru' cara PAS mendapat sokongan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,