Facebook pejuang tokgajah46

Isnin, April 05, 2010

Zaman 'kegemilangan' Pakatan Rakyat akan berakhir di P94 Hulu Selangor.


Pakatan Rakyat yang tidak pernah sepakat.

P94 Hulu Selangor jatuh ketangan PKR kerana undi protest UMNO terhadap kepimpinan bekas PM yang lalu. Kini pengundi di P94 pasti tidak akan mengulangi peristiwa PRU12 yang lepas. Kemenangan bagi BN sudah pasti walau pun siapa yang akan dicalunkan oleh pucuk pimpinan parti.

BN akan merampas semula P94 dengan kelebihan majoriti yang besar. Ini akan terbukti kerana kepimpinan DSNTR sebagi PM yang hebat dan di sukai ramai. Kehebatan PM kita tidak boleh disangkal lagi. Setiap langkat dan gerak yang dilaku kan nya sangat berkesan terhadap pembangunan dan kemajuan bagi semua rakyat jelata.

PR, terutamanya PKR sudah kehabisan modal untuk menentang kemaraan BN di P94. PKR sedang dilanda krisis parti yang sangat teruk. Rakyat yang bijak sudah boleh menilai kedudukan PKR. Boleh di kata kan hampir semua pemimpin2 PKR itu berasal dari 'buangan' UMNO. Mereka boleh lah dikatakan sebagai hampas yang tidak berguna lagi.

PKR sanggup bersengkokol dengan parti DAP yang terang dan nyata anti melayu/Islam. Kesanggupan PKR bersengkokol dengan DAP ini telah membuat rakyat keturunan melayu/Islam membenci PKR. Begitu juga halnya dengan PAS. PAS sudah hilang arah tujuan asalnya, kini PAS sudah jadi sebuah parti yang tidak lagi memperjuangkan Islam.

Keujudan Pakatan Rakyat ini se mata2  untuk memecah belahkan kaum melayu/Islam. Pakatan Rakyat ujud dari hasil pemikiran DAP yang berniat merampas kuasa dan memusnahkan segala hak2 keistimewaan melayu/Islam. 

Hari ini mereka sudah mula menampak kan muka buruk mereka. Hasil nya melayu/Islam menjadi semakin tidak stabil lagi. Mereka sudah berani menentang dan mengugut pemerintah. Suara mereka semakin lantang dan 'kurang ajar' terhadap kita. Kebiadapan mereka ini terhasil se mata2 dari sokongan PKR dan PAS terhadap mereka.

PRK P94 akan menghukum PKR sehingga parti ini tidak ujud lagi di bumi Malaysia.