Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Mac 01, 2010

Sireh pulang ke ganggang.......

Syukur Al'hamdulilah, satu persatu pemimpin2 dari PKR telah sedar dan insaf, kini kembali kepangkuan UMNO. Se tidak2 nya pemimpin2 ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan UMNO dan sebalik nya akan dapat meruntuhkan semangar dan moral parti PKR, PAS dan DAP.

Apakah untung nya bagi orang melayu berjuang dalam Pakatan Rakyat? Sedangkan PR tidak punya arah tuju dan perjuangan yang jelas dan khusus bagi orang melayu/Islam. PR terbentuk dari idea pemimpin yang telah putus asa dan kecewa belaka. Mereka tiada asa perjuangan yang dapat menjamin masa depan kaum melayu/Islam.

Pakatan Rakyat diterajui oleh pemimpin yang sangat berlainan idealogi nya. Mereka tidak mungkin akan dapat bersatu dalam memimpin negara. Mereka hanya boleh bersatu dan berpakatan semasa menghadap PRK atau PRU sahaja. Lepas itu bila sudah mendapat kemenangan mereka akan masing2 membawa haluan nya mengikut kehendak parti masing2.

Kepada penyokong2 PAS dan PKR anda harus sedar bahawa DAP parti yang sangat perkauman. Negara akan menghadai bencana jika DAP dapat berkuasa memerintah negara. Kaum melayu/Islam akan tertindas seperti kaum melayu/Islam di Singapura.

Selama ini kita masih lagi hidup selesa, aman, makmur dan damai dibawah perintan BN yang di terajui oleh UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,