Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Mac 23, 2010

PAS sudah benar2 kehabisan modal.

Sekarang Tuan Guru PAS ni mahukan Rukun Negara di pinda. "Kepercayaan kepada Tuhan" perkataan 'Tuhan' digantikan kepada 'Allah'. Maka bunyi nya jadi begini: "Kepercayaan kepada Allah".

Memang baik cadangan Tuan Guru ni. Akan tetapi malang nya Tuan Guru ini sudah lupa atau pun kureng faham tentang agama2 yang lain di Malaysia ini. Misalnya agama Hindu atau Budha, bila masa agama ni pernah tuntut mahu gunakan perkataan 'Allah' dalam agama nya? Kan ke Rukun Negara tu untuk semua bangsa/agama? Cuma perkataan 'Tuhan' sahaja yang paling sesuai di gunakan.

Seperkara lagi, pemimpin2 PAS ni masih lagi tidak mahu terima hakikat bahawa kristian juga tidak mementingkan pengunaan 'Allah' dalam segala upacara keagamaan nya. Pehak kristian yang ber sungguh2 mahukan pengunaan 'Allah' cuma penerbit majallah 'Herald the Catholic Weekly' sahaja. Itu pun untuk terbitan dalam bahasa melayu di Malaysia sahaja.

Tujuan kumpulan pendakwah kristian ini se mata2 untuk memesongkan akidah muda mudi kita yang kurang atau cetek penghayatan Islam nya. Pemimpin2 PAS ini semua nya sudah sedia maklum tahu dan faham akan tujuan pendakwah kristian ini. Malang nya, kerana terlalu giarah untuk berkuasa, mereka sanggup mengadaikan Islam demi kepentingan diri.

Kenyataan Tuan Presiden PAS mencadangkan pindaan kepada Rukun Negara ini telah mengujudkan keresahan dikalangan penganut2 agama Hindi, Budha dan lain2 yang tidak berpaksikan kepada 'Allah' dalam upacara keagamaan nya. Adakah TP PAS ini mahukan agama Hindu dan Kristian juga menguna kan perkataan 'Allah' dalam upacara keagamaan nya?

1 ulasan:

  1. macamni saya kena sekolah baliklah.Cuba lihat jauh sikit tujuanya jgn lihat pada skop politik.

    BalasPadam

, , , ,