Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, Mac 09, 2010

Kesedaran pemimpin2 PKR akan hapuskan PR.

Parti Keadilan Rakyat pasti akan dibubarkan sebelum PRU13 menjelang. Kini para pemimpin2 nya yang bijaklaksana sedang sibuk berkemas untuk  keluar dari PKR dan seterus terus tinggalkan Pakatan Rakyat buat se lama2 nya.

PKR di tubuhkan oleh bekas pemimpin2 dan penyokong2 UMNO. Sebenarnya semangat dan jiwa mereka ini masih lagi berpaksikan kepada UMNO. Sangat sukar bagi mereka meninggalkan atau melupakan perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO sudah menjadi darah daging mereka.

Apa yang sedang mereka lakukan ialah tak ubah seperti bercerai dan rujuk semula, itu perkara biasa dalam kehidupan kita. Sama seperti orang yang sudah bercerai dan berkahwin dengan isteri lain, tetapi setelah beberapa bulan dia tersedar bahawa isteri yang diceraikan nya dulu lebih baik dari isteri baru nya. Maka dia akan ceraikan isteri baru nya dan kembali rujuk semula kepada bekas isteri lama nya.

PAS tak boleh marah2 akan perkara ini. PAS sepatutnya sedar diri dan insaf, kerana satu masa dahulu PAS kata dia pernah ditipu oleh UMNO, jadi mengapa pula PAS sanggup berkahwin pula dengan 'janda' UMNO?


Apabila sudah ramai pemimpin2 PKR ini keluar dari PR, maka sudah nampak jelas siapa yang akan lebih berkuasa di dalam PR. Sekarang pun sudah nampak jelas bahawa PKR atau PAS tidak layak jadi ketua pembangkang dalam parlimen. Nyata DAP yang lebih berkuasa.

Jikasekiranya PR berkuasa memerintah, inilah yang akan berlaku dalam pemerintahan negara kita. Mahukan kita kaum melayu/Islam diperintah oleh DAP? Jika anda mahu, sila berikan sokongan kepada PAS atau PKR.

Sebenarnya PAS cuma sebuah parti 'lemukut' sahaja. Ianya cuma boleh memerintah negeri sahaja bukan negara. Itu pun cuma negeri Kelantan sahaja. Kedah dan Selangor pasti akan kembali kepangkuan BN/UMNO pada PRU13 nanti.


Pada pendapat Tok, P Pinang sukar untuk ditawan semula, ini kerana sentimen perkauman oleh kaum cina yang hampir 80% menduduki negeri itu. BN/UMNO perlukan lebih 30% sokongan dari kaum bukan melayu ini untuk tawan kembali P Pinang. Tetapi jika kerajaan berhasil untuk membuat semula persempadanan kawasan PRU yang baru, kemungkinan besar kita akan berjaya menawan P Pinang.

Sudah nasib PAS, yang pasti PAS akan dikapankan bersama DAP pada PRU13 nanti.