Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, Februari 09, 2010

Apa dan kemana arah tuju Pakatan Rakyat

Sudah hampir lebih satu tahun Pakatan Rakyat diujudkan dengan tidak secara rasminya oleh PKR, DAP dan PAS. Hingga kini kita masih lah tidak nampak dengan jelas arah tuju nya dan apa kah dasar2 ketetapan mutlak parti itu.

Jelas dan nyata apa yang kita nampak dalam pemerintahan di negeri Kelantan. Kelantan diperintah 100% mengikut kehendak PAS. Jauh berbeza dengan negeri P Pinang yang di perintah oleh DAP.

Negeri Kedah pada mula nya mahu perintah ikut style negeri Kelantan, malang nya telah di ugut oleh seorang dua wakil bukan melayu dari DAP dan PKR. Kedah terpaksa batalkan hasratnya dan terpaksa akur kepada ugutan.

Cara pemerintahan di negeri Selangor pula boleh di ibarat kan seperti 'rojak'. Ianya dicampur gaulkan dengan cara PKR, DAP dan PAS. Malang nya yang paling nampak cuma PKR sahaja yang lebih berkuasa, itu pun di selia kawal oleh DAP. PAS masuk angin keluar asab.

Jika dianalisa secara kasar, kita tidak langsung nampak ujud erti PAKATAN dalam Pakatan Rakyat yang di laung2 kan oleh PKR, DAP dan PAS.