Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Oktober 30, 2009

Pakatan Rakyat dipersimpangan jalan...


PAS, PKR dan DAP yang bergabung membentuk sebuah 'pakatan' yang di sebut Pakatan Rakyat'. Pakatan yang cuma ujud ketika menghadapi PRU atau PRK ini sebenarnya tidak mampu menerajui pemerintahan negara.

Ke tiga2 parti ini menyimpan niat dan tujuan yang berbeza samasekali. PAS berjuang untuk menegak kan sebuah negara islam, sedangkan DAP anti-negara islam. PKR pula terdiri dari serpihan UMNO, pemimpin nya tersingkir dari UMNO diikuti oleh ramai pengikutnya. PKR ditubuhkan untuk membalas dendam dan untuk menabalkan DSAI sebagai PM Malaysia.

DAP, juga berasal dari serpihan parti PAP yang memerintah Singapura. DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura. Langkah pertamanya ialah melemahkan kuasa politik kaum melayu. Kejayaan besar nya setakat ini lalah telah mendapat sokongan dari PAS dan PKR.

Jikasekiranya DAP berjaya dalam misinya pasti orang melayu akan kehilangan kuasa politik nya dan akan menjadi seperti melayu Singapura.

Rabu, Oktober 21, 2009

UMNO pasti kembali pulih sebelum PRU13 menjelang


Murshidul Am PAS

Sudah hampir satu minggu Tok tidak buat posting baru. Bukan nya ape2 cuma Tok takde mod aje. Mase ni Tok cuma sedang seronok perhatikan perkembangan politik semasa yang sudah semakin tenang - terutamanya UMNO.

Tok perhatikan semua pemimpin2 UMNO ber sungguh2 berusaha untuk memulihkan UMNO. Segala usaha ini sudah mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Sebagai contoh, dengan mudah UMNO boleh pertahankan kerusi N31 DUN Bagan Pinang dari musuh - PAS. Di DUN Bagan Pinang PAS @ DAP @ PR menerima pukulan yang sangat teruk.

Pada firasat Tok, nyawa PAS tidak akan boleh bertahan sehingga PRU13 nanti. Makin sehari PAS jadi semakin nazak. Perkaran buruk ini terjadi kerana sikap angkuh dan sombong yang ditunjulkan oleh pemimpin PAS. Selain dari itu PAS juga telah membuktikan kelemahan dan tidak berkuasa barang sekumit pun dalam hal pentadbiran di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kesedaran rakyat ini akan membolehkan BN/UMNO menawan semula negeri2 di bawah kuasa PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.

Jumaat, Oktober 16, 2009

PM DSNTR berjaya menjana Kebangkitan UMNO


Kebijaksanaan PM DSNTR telah membangkitkan semula UMNO. Kini UMNO sudah kembali di terima oleh semua gulungan masyarakat. DUN Bagan Pinang telah membuktikan kejayaan ini.

Pakatan Rakyat makin hari semakin malap, kita hara ianya akan segera padam. Pemimpin2 PR sudah tidak sebulu lagi dalam semua hal. Mereka mencurigai antara satu sama lain. Keretakan dalam PR ini telah membukti parti itu tiada berkemampuan untuk memerintah negara.

Rakyat yang sudah sedar akan keburukan PR sudah mula kembali menyokong BN/UMNO. Majotiti kaum bukan melayu sudah menyokong UMNO. Kepercayaan kaum melayu terhadap UMNO masih tidak berubah bahkan semakin bertambah.

Sebenarnya PAS ujud tanpa pegangan dan tujuan tertentu. Sudah jadi macam lalang, bila mahukan sokongan dari melayu/islam mereka laungkan 'negara Islam' dan bila mahukan sokongan bukan melayu mereka lupakan 'negara Islam' dan laungkan pula 'negara kebajikan'.

Kaum melayu sebenarnya sudah dapat menilai rupamana kedudukan PAS bila berada didalam negeri yang di perintah oleh PR seperti P Pinang dan Selangor. PAS cuma ujud sebagai sebuah parti memenpil dianggap seperti 'lemukut' sahaja.

Harapan untuk PAS berkubur pada PRU13 adalah sangat cerah.

Isnin, Oktober 12, 2009

Tanda tanda 'akhir zaman' bagi Pakatan Rakyat sudah kelihatan

Pakatan Rakyat sudah mula hilang 'pakatan' nya. PRK N31 Bagan Pinang telah membuktikan bahawa rakyat telah menolak Pakatan Rakyat. Pentadbiran baru dibawah pimpinan DSNTR sebagai PM telah mula menampak kan kejayaan nya melonggarkan ikatan 'pakatan rakyat'. Ini telah terbukti di Bagan Pinang.

Sebenarnya rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu sudah dapat menilai tahap kepimpinan di antara kerajaan yang sedang memerintah dan Pakatan Rakyat. Selama lebih 50 tahun BN memerintah negara, berbagai bidang kemajuan telah terlaksana, negara makin bertambah maju, aman dan makmur. Sehinggakan negara kita telah menjadi salah satu negara yang termaju di rantau Asia.

Sedangkan Pakatan Rakyat belum pun pernah memberi atau mununjuk kan sebarang usaha dan jasanya kepada rakyat. Pemimpin2 mereka tidak pernah sehaluan, mereka masing2 ada agenda tersendiri untuk kepintingan diri sendiri.

Apa yang pernah berlaku di negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat telah banyak memberi kan ke insafan kepada kaum melayu. Rakyat negeri Perak terselamat kerana kesedaran dua orang wakil DUN PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong kerajaan BN.

Rabu, Oktober 07, 2009

Bila akan tiba masanya UMNO di pandang 'bersih' oleh semua gulungan rakyat?

Ini salah seorang pemimpin UMNO yang di ragukan

Sepatutnya UMNO sudah serik dengan pengalaman yang berlaku pada PRU12 yang lepas. Sebenarnya salah satu yang menyebabkan UMNO hampir runtuh ialah isu 'politik wang'.

Politik wang dalam UMNO sepatutnya sudah dibersihkan 100% untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan semua rakyat terhadap UMNO. Seharusnya SEMUA pemimpin UMNO yang didapati terlibat dengan politik wang digantung keahlian nya seumur hidup.

Mereka yang disahkan benar2 terlibat dalam politik wang tidak sepatutnya masih berada dalam pimpinan UMNO. Selagi masih ada petualang ini dalam UMNO maka tanggapan rakyat terhadap UMNO sangat BURUK. UMNO masih mengamalkan politik wang.

Tok percaya, semua pengundi 'atas pagar' tidak akan mengundi calun UMNO yang pernah dihukum kerana mengamalkan politik wang.

Adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin yang diagak lebih bersih, sehinggakan memilih calun yang sudah terbukti tercemar? Bukan kah masih ada ramai lagi pemimpin2 dari gulungan muda dan berpendidikan tinggi yang boleh dicalunkan oleh UMNO.

Jika UMNO mahu terus kekal diterima rakyat, perubahan besar perlu dilakukan dalam UMNO. Pertama, gugurkan SEMUA pemimpin yang terlibat dalam politik wang. Ke dua, undurkan pemimpin2 yang nampak hidup nya menunjuk kan kemewahan dan kekayaan yang ber lebih2 han. Ketiga, bantu semua rakyat yang miskin sebelum ianya didedahkan dalam media.