Facebook Atuk Banjar Masin

Jumaat, Julai 31, 2009

Harapan UMNO di Permatang Pasir

N11 PERMATANG PASIR
Jumlah Pengundi: 20,350
Peratusan Kaum: M: 72.31% C: 25.94% I: 1.61% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.14%
1. Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas) (11,004)
2. Ahmad Sahar Shuib (BN) (5,571)
Majoriti: 5,433
Jumlah undi: 16,802
Peratus mengundi: 82.57%
Undi rosak: 227

Penyandang: Mohd. Hamdan Abdul Rahman (Pas)
(Majoriti: 679 undi)

Menang atau kalah tidak penting bagi UMNO, yang penting nya kita mahu lihat sokongan melayu/Islam terhadap PAS semakin berkurangan seperti apa yang berlaku di Manik Urai.

Sekarang PAS mempunyai majoriti sebanyak 5,433 undi, jika UMNO berjaya mengurangkan separuh pun dikira sudah baik. Tidak mustahil perkara yang sama dengan apa yang berlaku di Manik Urai akan berlaku juga di Permatang Pasir.

Pada pandangan Tok ada kemungkinan UMNO akan dapat menawan Permatang Pasir. Pandangan Tok ini berdasarkan kepada kebencian rakyat terhadap PAS kerana bersengkokol dengan DAP. Rakyat juga sudah sedar bahawa PAS, PKR dan DAP akan menghapuskan Kuasa Politik Melayu

Sabtu, Julai 25, 2009

PAS hanyut dilautan Asmara DAP

Hari ini PAS telah menyatakan bahawa DAP ialah parti yang teragung dan tersangat baik bagi membela nasib masa depan orang melayu/Islam.

Pemimpin2 dan penyokong2 PAS sanggup buat apa saja untuk membela DAP. Hinggakan ada pemimpin nya yang sangup mengikuti upacara sembahyang mayat seorang pegawai khas EXCO DAP yang mati.

Tidak cukup dengan perbuatan itu, mereka juga mengadakan himpunan dan upacara menyalakan lilin untuk memperingat kematian mendiang itu.

Dalam ceramah2 dan usrah2 PAS juga perkara ini di timbulkan untuk perhatian pengikut2 nya.

Mengapakah kematian mendiang ini sangat bermakna bagi pemimpin2 PAS?
Sedangkan kematian seorang sisiwa wanita rakyat Kelantan di sebuah kampus tidak mendapat perhatian yang sebegini besar oleh para pemimpin PAS.

Kemana arah tuju orang melayu/Islam mahu di bawa oleh PAS? Kekiblat DAP atau Islam? Sedangkan hari ini PAS cuma sebuk dengan DAP, hari2 DAP! DAP! DAP! Mana negara Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS? Sedangkan DAP yang di agung2 kan dan disanjung itu anti-Islam.

DAP lebih membela babi dari PAS, cuba ingat kembali peristiwa 'rumah sembelih babi'(potong babi) diKedah baru2 ini. DAP sanggup tinggalkan PAS demi membela rumah 'potong babi' nya. Kesian PAS!

Akibat dari robohkan rumah potong babi itu, MB PAS terpaksa berjumpa Lim Kit Siang untuk berbincang. Hasilnya DAP dapat untung besar. PAS terpaksa mengaku tidak akan buat apa2 sesukahatinya - kena bincang dengan DAP dulu dalam semua hal pentadbiran di Kedah.

Di P Pinang PAS ada seorang ADUN tetapi PAS tidak berang bertindak seperti apa yang dilaku kan oleh DAP Kedah. Sepatutnya PAS P Pinang keluar PR kerana tidak diberi sebarang jawatan dalam pentadbiran P Pinang.

Oleh kerana dilamun asmara, PAS sanggup buat apa saja demi mengkalkan cina yang sudah di padu.

Isnin, Julai 20, 2009

DUN Perak bubar - Jangan Pisang berbuah dua kali

Inilah bekas barisan EXCO yang dibanggakan oleh PAS

Orang melayu harus sedar apa yang sedang berlaku ditanah tumpah daranya hari ini. Apa yang telah berlaku di negeri Perak harus dijadikan teladan yang patut di insafi oleh orang melayu.

Gambar carta bekas Exco negeri Perak di bawah kununnya pemerintahan PAS ini adalah contoh cara dan gaya Pakatan Rakyat memerintah jika mereka berkuasa.

Apa sangat yang hendak dibanggakan oleh PAS sehingga ada yang sampai mahu bunuh diri dikala kerajaan PAS Perak ini runtuh. PAS nampak sangat ber sungguh2 mahu kembalikan kuasa pemerintah PAS di Perak ini. Sedangkan jika kita lihat pada mata-kasar sahaja bilangan pecahan kaum yang berkuasa sudah ketara tidak seimbang.

Adakah orang melayu Perak gembira melihat cuma ada 3 orang melayu berbanding 7 orang bukan melayu yang memerintah negeri Perak?

Perak telah terselamat kerana DAP tidak ada calun nya dari keturunan melayu/islam, jika ada sudah tentu mereka akan meletak kan melayu(DAP) ini sebagai Menteri Besar Perak. PAS memang tidak akan menjadi pilihan DAP untuk memegang jawatan tersebut.

Di P Pinang pula mereka telah berkuasa 100%, malangnya PAS tersepak keluar dan dianggap tidak diperlukan.

Jika perkara seperti ini berlaku pada pemerintahan pusat (negara), pasti melayu akan tenggelam seperti melayu di Singapura.

Inilah yang dimaksudkan melayu hilang kuasa politik.

Niat DAP untuk menghapuskan kuasa politik melayu bukan perkara baru, ianya sudah mereka rancang semenjak negara belum merdeka lagi.

Oleh kerana kekuatan perpaduan melayu mereka telah gagal memecahkan kuasa politik melayu. Tetapi malangnya hari ini PAS dan PKR telah terpengaruh dengan DAP dan telah membantu DAP memecahkan kuasa politik melayu.

Orang melayu jika sayangkan kuasa politiknya harus tolak PAS dan PKR yang telah mengkhianati bangsa, agama dan negara.


Rabu, Julai 15, 2009

Kaum kafir - menyokong ISLAM atau menyokong PAS sahaja.


Pengundi2 melayu/Islam yang mengundi PAS jangan berasa bangga kerana kemenangan PAS di Manik Urai.
Sebenarnya PAS menang kerana kelebihan 65 undi dari kaum kafir.

Penyokong PAS harus sedar mengapa kaum kafir ini sangup menyokong PAS. Adakah mereka benar2 menyokong ISLAM atau menyokong PAS sahaja.

Pada pendapat Tok, kaum kafir ini cuma sokong PAS sahaja, bukan sokong Islam. Sebagai contoh, Karpal Singh minta langkah mayatnya dulu kalau mahu tubuhkan negara Islam.

Kalau mereka betul2 sokong Islam, cuba Tn Guru Nik Aziz suruh Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng potong kulubnya untuk buktikan bahawa mereka benar2 sokong Islam.

Penyokong PAS kena faham maksud 'sokong PAS dan sokong Islam'. Sebenarnya DAP cuma sokong PAS sahaja bukan Islam. Tujuan mereka menyokong PAS se mata2 mahu memecahkan kuasa politik melayu/Islam.

Sekarang DAP sudah hampir berjaya memecahkan kuasa politik melayu/Islam. Dari perpecahan kuasa politik melayu/Islam ini kaum kafir sudah mula tunjukan belangnya.

Pemerintah terpaksa akur kepada segala tuntutan dan kemahuan mereka. Akhirnya kaum melayu/Islam yang rugi besar dan akan terus hilang kuasa politik. Hilang kuasa politik makan hilanglah kiuasa memerintah negara.

Selasa, Julai 07, 2009

Kuasa Politik Melayu Perlu Di Kekalkan


Gambar hiasan: ehsan dari; jintayu001.blogspot.com

Kuasa politik melayu semakin menjadi lemah kerana ke dangkalan pemikiran melayu itu sendiri. Kebanyakan melayu cuma boleh berfikir satu hala sahaja. Yang paling malang cara berfikir satu hala ini telah didorong pula hala tujunya kearah yang salah.

Sebenarnya melayu jenis ini memiliki daya berfikir yang sangat lemah. Hinggakan boleh dibentuk dengan mudah oleh penceramah2 PAS dan PKR. Mereka sanggup pergi kemana saja bila terdengar ada ceramah. Manusia dalam golongan ini sudah menjadi seperti penagih dadah yang tegar.

Sebenarnya Tok pun selalu menghadiri ceramah2 PAS dan PKR ini. Kebanyakan pencerama2 ini dengan bijak telah meracuni fikiran rakyat. Mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Rakyat yang mempunyai daya fikir yang lemah sangat mudah terpengaruh dengan hasutan mereka.

PAS dan PKR adalah parti yang memecah belahkan kuasa politik melayu. Jika dibiarkan, kuasa politik melayu akan hancur.

Kerajaan sepatut nya memantau semua ceramah2 ini. Jika tiada kebenaran dari pehak yang berkuasa - terus tangkap, dan jika ada kebenaran, rakam semua percakapan nya dalam ceramah itu. Jika terdapat ayat yang menghasut kena kan tindakan yang berat - ISA.

Jika kerajaan tidak bertindak segera, mungkin negara akan ditimpa bale petaka.

PRK Manik Urai adalah tempat membuktikan bahawa melayu sayangkan kuasa politiknya. Melayu mesti kembali bersatu mempertahankan kuasa politik nya.

Melayu mesti tolak PAS dan PKR yang bersengkokol dengan DAP@PAP yang sedang berusaha untuk menghancurkan kuasa politik melayu.