Facebook pejuang tokgajah46

Isnin, Oktober 12, 2009

Tanda tanda 'akhir zaman' bagi Pakatan Rakyat sudah kelihatan

Pakatan Rakyat sudah mula hilang 'pakatan' nya. PRK N31 Bagan Pinang telah membuktikan bahawa rakyat telah menolak Pakatan Rakyat. Pentadbiran baru dibawah pimpinan DSNTR sebagai PM telah mula menampak kan kejayaan nya melonggarkan ikatan 'pakatan rakyat'. Ini telah terbukti di Bagan Pinang.

Sebenarnya rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu sudah dapat menilai tahap kepimpinan di antara kerajaan yang sedang memerintah dan Pakatan Rakyat. Selama lebih 50 tahun BN memerintah negara, berbagai bidang kemajuan telah terlaksana, negara makin bertambah maju, aman dan makmur. Sehinggakan negara kita telah menjadi salah satu negara yang termaju di rantau Asia.

Sedangkan Pakatan Rakyat belum pun pernah memberi atau mununjuk kan sebarang usaha dan jasanya kepada rakyat. Pemimpin2 mereka tidak pernah sehaluan, mereka masing2 ada agenda tersendiri untuk kepintingan diri sendiri.

Apa yang pernah berlaku di negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat telah banyak memberi kan ke insafan kepada kaum melayu. Rakyat negeri Perak terselamat kerana kesedaran dua orang wakil DUN PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas yang menyokong kerajaan BN.