Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Oktober 16, 2009

PM DSNTR berjaya menjana Kebangkitan UMNO


Kebijaksanaan PM DSNTR telah membangkitkan semula UMNO. Kini UMNO sudah kembali di terima oleh semua gulungan masyarakat. DUN Bagan Pinang telah membuktikan kejayaan ini.

Pakatan Rakyat makin hari semakin malap, kita hara ianya akan segera padam. Pemimpin2 PR sudah tidak sebulu lagi dalam semua hal. Mereka mencurigai antara satu sama lain. Keretakan dalam PR ini telah membukti parti itu tiada berkemampuan untuk memerintah negara.

Rakyat yang sudah sedar akan keburukan PR sudah mula kembali menyokong BN/UMNO. Majotiti kaum bukan melayu sudah menyokong UMNO. Kepercayaan kaum melayu terhadap UMNO masih tidak berubah bahkan semakin bertambah.

Sebenarnya PAS ujud tanpa pegangan dan tujuan tertentu. Sudah jadi macam lalang, bila mahukan sokongan dari melayu/islam mereka laungkan 'negara Islam' dan bila mahukan sokongan bukan melayu mereka lupakan 'negara Islam' dan laungkan pula 'negara kebajikan'.

Kaum melayu sebenarnya sudah dapat menilai rupamana kedudukan PAS bila berada didalam negeri yang di perintah oleh PR seperti P Pinang dan Selangor. PAS cuma ujud sebagai sebuah parti memenpil dianggap seperti 'lemukut' sahaja.

Harapan untuk PAS berkubur pada PRU13 adalah sangat cerah.