Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Oktober 30, 2009

Pakatan Rakyat dipersimpangan jalan...


PAS, PKR dan DAP yang bergabung membentuk sebuah 'pakatan' yang di sebut Pakatan Rakyat'. Pakatan yang cuma ujud ketika menghadapi PRU atau PRK ini sebenarnya tidak mampu menerajui pemerintahan negara.

Ke tiga2 parti ini menyimpan niat dan tujuan yang berbeza samasekali. PAS berjuang untuk menegak kan sebuah negara islam, sedangkan DAP anti-negara islam. PKR pula terdiri dari serpihan UMNO, pemimpin nya tersingkir dari UMNO diikuti oleh ramai pengikutnya. PKR ditubuhkan untuk membalas dendam dan untuk menabalkan DSAI sebagai PM Malaysia.

DAP, juga berasal dari serpihan parti PAP yang memerintah Singapura. DAP berhasrat menjadikan Malaysia seperti Singapura. Langkah pertamanya ialah melemahkan kuasa politik kaum melayu. Kejayaan besar nya setakat ini lalah telah mendapat sokongan dari PAS dan PKR.

Jikasekiranya DAP berjaya dalam misinya pasti orang melayu akan kehilangan kuasa politik nya dan akan menjadi seperti melayu Singapura.