Facebook Atuk Banjar Masin

Rabu, Oktober 07, 2009

Bila akan tiba masanya UMNO di pandang 'bersih' oleh semua gulungan rakyat?

Ini salah seorang pemimpin UMNO yang di ragukan

Sepatutnya UMNO sudah serik dengan pengalaman yang berlaku pada PRU12 yang lepas. Sebenarnya salah satu yang menyebabkan UMNO hampir runtuh ialah isu 'politik wang'.

Politik wang dalam UMNO sepatutnya sudah dibersihkan 100% untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan semua rakyat terhadap UMNO. Seharusnya SEMUA pemimpin UMNO yang didapati terlibat dengan politik wang digantung keahlian nya seumur hidup.

Mereka yang disahkan benar2 terlibat dalam politik wang tidak sepatutnya masih berada dalam pimpinan UMNO. Selagi masih ada petualang ini dalam UMNO maka tanggapan rakyat terhadap UMNO sangat BURUK. UMNO masih mengamalkan politik wang.

Tok percaya, semua pengundi 'atas pagar' tidak akan mengundi calun UMNO yang pernah dihukum kerana mengamalkan politik wang.

Adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin yang diagak lebih bersih, sehinggakan memilih calun yang sudah terbukti tercemar? Bukan kah masih ada ramai lagi pemimpin2 dari gulungan muda dan berpendidikan tinggi yang boleh dicalunkan oleh UMNO.

Jika UMNO mahu terus kekal diterima rakyat, perubahan besar perlu dilakukan dalam UMNO. Pertama, gugurkan SEMUA pemimpin yang terlibat dalam politik wang. Ke dua, undurkan pemimpin2 yang nampak hidup nya menunjuk kan kemewahan dan kekayaan yang ber lebih2 han. Ketiga, bantu semua rakyat yang miskin sebelum ianya didedahkan dalam media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,