Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, September 11, 2009

UMNO sudah pulih?


Sekali lagi UMNO diuji sama ada sudah pulih atau tidak. BN/UMNO cuma menang satu DUN sahaja dalam beberapa siri PRK yang diadakan selepas PRU12.

BN/UMNO cuma menang satu kerusi di Batang Ai, Sarawak. Di Semenanjung BN/UMNO telah kalah semua kerusi yang di tandingi nya dalam PRK baru2 ini. Kini BN/UMNO akan diuji sekali lagi di Bagan Pinang N9. Ujian ini sangat penting bagi BN/UMNO, kerana ujian kali ini di adakan di dalam tembuk kubu BN/UMNO sendiri.

BN/UMNO sangat perlu menang kali ini, ini lah maruah BN/UMNO. Jika tewas juga BN/UMNO perlu buat sesuatu yang pernah dibuat satu masa dulu - BUBAR KAN UMNO.

UMNO perlu di struktur dan dibaik-pulih semula secara total. UMNO kena gugurkan SEMUA ahli dan pemimpin2 nya yang ada 'masalah', walaupun sedikit. Sebagai contoh - ketua pemuda UMNO, beliau seharusnya mesti tidak lagi berada dalam UMNO. Ada ramai lagi pemimpin2 dan ahli2 UMNO yang bermasalah.

Di bahagian akar-umbi UMNO pun bermasalah juga, hampir semua ketua2 cawangan dan bahagian 'kelabu asab'. Ini berlaku kerana ketua bahagian negeri pun kelabu asab juga, 'bapa borek anak rintek'. Ini lah masalah besar yang mungkin terlalu sukar di tangani.

Rakyat sentiasa memerhati dan menilai segala aspek tengkah laku pemimpin2 UMNO ini. Akhirnya kebencian yang sangat mendalam timbul terhadap UMNO.

Acara2 seperti janji2 pembangunan atau pemberian dan anugrah untuk meraih simpati dari rakyat yang telah menolak UMNO tidak lagi berkesan.

Selagi UMNO tidak berbuat sesuatu yang drastik, maka UMNO akan menemui ajal nya pada PRU13 nanti.