Facebook pejuang tokgajah46

Isnin, September 14, 2009

MIC - Bas cabuk tanpa penumpang.

President MIC

Hari ini MIC tak ubah sebuah bas buruk yang dipandu oleh seorang pemandu tua. Bas buruk ini sebenar nya sudah tiada berpenumpang lagi.

Pada PRU12 yang lepas semua calun dari MIC tewas, sama ada DUN atau pun parlimen. Hampir semua kaum india enggan mengundi calun2 MIC. Satu lagi bukti yang paling nyata ialah di Bukit Selambau, calun MIC kalah teruk di PRK Bukit Selambau.

Punca utama kekalahan MIC ini sebenarnya kerana kaum india sudah hilang kepercayaan nya terhadap pimpinan Samy Velu. Sebenarnya selagi Samy Velu masih lagi menerajui MIC, kaum india tidak akan menyokong MIC/BN.

Samy Velu jangan mendabik dada kerana ramai sokongan dalam dewan perwakilan, sedangkan ribuan penyokong dari kaum india sudah lari dari MIC dan menyokong DAP dan PKR. Lagi nyaring Samy melaung lagi makin ramai kaum india lari tinggalkan MIC.