Facebook pejuang tokgajah46

Rabu, Ogos 26, 2009

UMNO perlu Berubah atau Bubar!

Tok terasa sungguh sedih dan kecewa setiap kali PRK di adakan. Apa tidak nya. UMNO kalah sesaje - 7 kali kalah sekali mengaku kalah.

Mengapa pemimpin2 UMNO nampak masih tido aje lagi. Setelah kekalahan pertama, kedua dan ketiga ape mereka dah buat? Hingga hari ini pun masih kalah juga lagi, ape nak jadi?

Sebenar nya pada pendapat Tok yang bodo bengap ni senang aje, UMNO perlu di bersihkan keseluruhan nya.

Buangkan semua pemimpin2 yang dikira rasuah dan yang telah tewas dalam PRU atau PAU. Kekalkan pemimpin2 yang bersih dan boleh diterima semua gulungan rakyat.

Kita tidak kekurangan pemimpin2 muda yang bersih dan boleh diharaf oleh semua rakyat. Selagi pemimpin2 yang 'kelabu asap' ini masih berada dalam pucuk pimpinan UMNO rakyat akan pandang serong terhadap UMNO.

Satu masa dulu kita di canangkan bahawa kelemahan UMNO kerana kepimpinan Tun AAB, beliau telah dengan sukarela berundur, sekarang macam mame? UMNO dan kuat? Makin bertambah tak kuat ada le.

Tok sangat berharaf PM dan TPM segera bertindak sebelum terlambat. Bertindak lah dengan berani dan tegas - Ujud kan barisan kabinet yang baru - gugurkan SEMUA pemimpin2 yang 'kelabu asap'.

Jika tidak, UMNO pasti akan kecundang pada PRU13 nanti.

Ini hanya lah nukilan ikhlas dari Tok Gajah yang terlalu sayangkan UMNO.