Facebook Atuk Banjar Masin

Selasa, Mei 26, 2009

Melayu/Islam Menyokong Kafir



Sebenar nya parti Pakatan Rakyat bukan sebuah parti yang kuat. Kekuatan parti ini semata2 kerana sokongan kaum melayu/Islam terhadap DAP. Sebagai contoh di negeri Perak pada PRU12 yang lepas, PAS meletak kan 21 calun ahli DUN - cuma 6 sahaja yang menang dengan bantuan DAP. PKR kemukakan 20 calun - cuma 7 sahaja yang menang, juuga dengan bantuan DAP. DAP pula letakkan 18 calun - semuanya menang. EXCO nya pula cuma ada dua orang melayu sahaja.

Orang melayu yang berfikiran wara boleh berfikir mengapa DAP sanggup membantu PAS dan PKR. Tujuan DAP ini semata2 untuk mendapat kuasa memerintah.
Lihat di P Pinang, setelah DAP berkuasa memerintah, PAS telah dipinggirkan oleh DAP.

Di negeri Perak pula, walaupun MBnya dari PAS (atas kehendak baginda Sultan), tetapi dalam EXCO nya cuma ada dua orang melayu sahaja. Tujuan niat jahat DAP ini telah disedari awal2 lagi oleh Baginda Sultan, Baginda tidak rela negeri Perak tergadai dan dikuasai oleh DAP. Rakyat sangat berterima Kasih di atas kebijaksanaan Baginda Sultan Perak.

Berkat dari pertolongan kerajaan pusat dan dua orang ahli DUN PKR yang sedar dan insaf dan kembali menyokong UMNO, kerajaan PR dapat ditumbangkan.

Rakyat negeri Perak harus sedar dan insaf supaya tidak berlaku 'pisang berbuah dua kali'.

Tinggal kan PAS, tinggalkan PKR dan musnahkan DAP. Jika anda menyokong PAS atau PKR bermakna anda juga menyokong DAP. Anggaplah perjuangan kita ini sama seperti Arab menentang Isreal.

8 ulasan:

  1. Cuba tengok Nizar sanggup turun naik mahkamah disebabkan ingin menjadi boneka kepada DAP.

    Dalam ceramah PAS berkata mereka pencabulan pemerintahan tapi pada hakikatnya Nizar adalah boneka kepada DAP

    BalasPadam
  2. Beginilah sikap anak-anak muda yang diasuh supaya membenci pemimpim negara. Sikap kurang ajar yang di tonjolkan oleh pengikut PR. Sikap anak muda yang tidak sampai usia 30tahun sudah mengatakan kerajaan menipu selama 51 tahun. Sikap bumiputera yang tidak tahu mengenang budi.

    BalasPadam
  3. PAS dan PKR sudah mabuk berkuasa. Sanggup buat apa saja demi sekelimut kuasa. Yang malang dan rugi ialah bangsa dan agama sendiri.

    Dulu PAS pernah berkata bahawa UMNO kafir kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC.

    Sekarang apa dah jadi? PAS sendiri dah kafirkan diri nya kerana berkongsi kuasa dengan DAP.

    Orang melayu/Islam harus sedar permainan politik PAS dan PKR ini. Sanggup gadaikan maruah bangsa agama dan negara.

    BalasPadam
  4. Siapa Boneka di Pulau Pinang

    NIZAR di jatuhkan/digulingkan dan dirampas kuasanya dari Babi Negara malah Babi-babi Negara ini juga mendakwa Ir Nizar boneka kepada cina... iaitu boneka kepada Ngah dan Ngeh... Walaupun isu tanah, isu CAMRY. isu BALAK sudah diperjelaskan? Tapi masih menyalak lagi UMNO menutup mata lagikah UMNO?

    Kini setelah rampasan dibuat isu baru pula muncul dimana Babi Negara mengatakan sepatutnya bukan PAS yang memerintah tapi UMNO kerana UMNO menang banyak kerusi daripada PAS malah UMNO menang banyak kerusi dari DAP... Kuasa melayu harus dipertahankan kata UMNO..!

    Keputusan PRU 12 hanya memberi 6 kerusi pada PAS... Masih ada juga orang UMNO yang mahu pertikaikan ini...? Persoalannya ialah TIDAK HEBATKAH PAS? TIDAK HEBATKAH PAS APABILA MENANG 6 KERUSI TAPI MASIH MENJADI MB? sudah tentu jawapannya sangat HEBAT.... tapi HEBATKAH UMNO pabila menang 12/40 kerusi DUN berbanding 7/40 kerusi DUN dari GERAKAN tapi membonekakan diri kepada GERAKAN dengan memberi jawatan Ketua Menteri (KM) kepada GERAKAN...? MANA KETUANAN MELAYU Oi!? maka sudah pasti UMNO tak hebat....! Sekali lagi institusi MELAYU di perlekeh....

    Sedikit bingkisan sejarah PRU.....



    1990-1995 (GERAKAN MENJADI TUNJANG UMNO)
    Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

    Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

    1996-2000 (GERAKAN MENDAHULUI UMNO MEMEGANG TAHKTA)
    Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

    Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.

    Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi yang menghina dan menggadaikan melayu..??

    begitu juga
    2000-2005 juga UMNO memberi laluan pada GERAKAN
    cuma 2006-2011 PR mengambil alih dan memberi laluan pada DAP (kerana DAP 19, PKR 4 , PAS 1)

    p/s : kenapa masa 1990-1995 tak bagi DAP memerintah bukankah DAP paling banyak kerusi berbanding GERAKAN? UMNO taiklah!
    baginda menggoreng dari kedahlanie dan keputusan rasmi DUN pulau pinang

    BalasPadam
  5. Sebenar nya kerajaan PAS@DAP tidak dijatuhkan atau diguling atau dirampas oleh oleh BN.

    Mengapa bodoh sangat PR ni, tak retike kerajaan PAS@DAP dah tidak ada majoriti lagi dalam DUN, kerana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP dah keluar PR dan sokong BN. Itu saja.

    Malang nya pencacai2 PAS@DAP ini tidak faham macam Nizar juga, mereka pergi mahkamah. - membuat keadaan jadi kecoh.

    BalasPadam
  6. Skrg Negeri Sembilan pula bergolak. Khabarnya ada 5 Adun BN nak keluar kerana tak puashati dgn Mohamad Hassan. Lepas ini peristiwa di Perak akan berlaku di Negeri Sembilan. Kita tengok apa komen pencacai UMNO bila kuasa hilang di NS. Tungggu....

    BalasPadam
  7. MCA/MIC berkawan dgn UMNO dah 50 tahun, tapi pernahkah UMNO berdakwah kepada mereka tentang Islam. DAP dah pandai sebut fasal khalifah Umar dan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun itu mainan politik, tapi Islam itu fitrah bersifat magnetisma. Dah terbuka paradigma. MCA/MIc masih takuk lama tentang Islam.

    BalasPadam
  8. hahaha...inilah pemikiran orang melayu yang sangat jumud dan sangat kuno..tidak mahu menerima kenyataan yang sebenarnya...pakcik pencen..dunia sudah berubah... golongan pakcik dah tak byk dah..kami golongan belia akan tetap terus menyokong dan setia bersama pas dan pakatan rakyat..pakcik pencen teruskanlah yer dengan tabiat lama pakcik pencen utk setia bersama AMN0 yg sudah semakin uzuuur...zaaaaaaaaasss!!!

    BalasPadam

, , , ,