Facebook pejuang tokgajah46

Rabu, Mei 06, 2009

Kekerasan akan menambah parah BN/UMNO



Semakin hari BN/UMNO menampak kan kehilangan sokongan nya. Ini terjadi kerana sikap pemimpin2 UMNO yang berkuasa suka lempar batu sembunyi tangan. Mengunakan ugutan dan kekerasan. Mengunakan pehak tertentu untuk kepentingan parti.

Rakyat hari ini sudah matang cara berfikir nya. Mereka benci kepada ugutan dan kekerasan. Mereka sudah tidak takut dengan ugutan atau kekerasan yang di lakukan oleh pehak tertentu.

Jika 10 orang di tangkap atau terdera, mungkin saudara mara mereka ini ada yang menyokong BN/UMNO. Maka saudara mara ini akan mungkin membenci BN/UMNO juga. Jika ini berterusan di laku kan mungkin hasrat BN/UMNO untuk pulih akan gagal.

Tok sebagai penyokong setia UMNO ini pun terasa sedih melihat bangsa sendiri di tangkap atau terdera. Walaupun jika mereka bersalah, kita harus gunakan kelembutan untuk memujuk mereka. Rakyat mahukan kedamaian dan keamanan.

Sebenar nya tujuan mereka berhimpun atau mahu 'berpakaian hitam' bukan untuk buat kacau jauh sekali merusuh.

Jika BN/UMNO mahu terus di gemari rakyat hentikan kekerasan atau ugutan, kekerasan dan ugutan hanya akan membawa padah buruk kepada BN/UMNO.