Facebook pejuang tokgajah46

Selasa, April 28, 2009

Buat Baik Berpada-pada


Titanic

BN/UMNO masih lagi dalam keadaan tidak stabil selepas PRU12 yang hampir karam di sebabkan sokongan kaum cina dan india beraleh arah. Di semenanjung Malaysia hampir semua kawasan yang di tandingi oleh MCA dan MIC tumbang dimana majority kaum Cina.

Ada juga pihak yang membuat alasan kekalahan BN/UMNO di sebabkan kepimpinan lemah DSAAB, lantas puak2 UMNO ini bersuara lantang minta DSAAB berundur dengan segera. Paling malang timbalan nya yang bersungguh2 membantu nya juga gagal membantu BN/UMNO mencapai kejayaan pada PRU12.

Setelah DSAAB umum kan beliau akan berundur, BN/UMNO tewas di dua PRK, K Terengganu dan P Pauh. Setelah DSAAB berundur sepenuhnya, BN/UMNO kalah lagi di B Selambau dan B Gantang. Adakah kelemahan BN/UMNO ini di sebabkan oleh kelemahan pimpinan DSAAB?
Adakah tindakan mengundurkan DSAAB itu satu tindakan yang betul untuk memulihkan BN/UMNO?

Dalam masa pemerintahan DSAAB, walaupun timbalan nya berusaha memajukan BN/UMNO ianya masih tidak berjaya membawa BN/UMNO kearah kegemilangan sebalik nya telah hampir memusnah kan BN/UMNO.

Sekarang timbalan PM ini telah menjawat jawatan PM sepenuh nya. Beliau kelihatan ber sungguh2 untuk memajukan BN/UMNO. Slogan "SATU MALAYSIA" sudah di laungkan dan mula di laksana kan. Diharafkan 'satu Malaysia' ini dapat menarik minat kaum cina dan india menyokong kembali BN/UMNO. Malang nya sebelum lebih banyak 'satu Malaysia' di laksanakan, sudah nampak perkara2 yang TIDAK digemari oleh kaum melayu/Islam dilaksanakan.

Jangan sampai akhirnya 'satu Malaysia' ini terlalu 'menguntungkan' satu kaum dan merugikan satu kaum yang lain.