Facebook Atuk Banjar Masin

Isnin, Februari 02, 2009

Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur



TERBARU: MB PERAK MENGADAP PIHAK ISTANA - Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi Isnin telah pergi ke Istana Kinta di Ipoh kira-kira jam 10 pagi. Beliau berada di Istana berkenaan selama 25 minit. Nizar bagaimanapun tidak menemui pihak media yang menunggunya di luar Istana berkenaan. Tidak diketahui sama ada beliau mengadap Ke Bawah Duli Sultan Perak atau pun Raja Muda Perak.

Difahamkan, Nizar mengadap pihak Istana berkaitan dengan isu dua Exco Kerajaan Negeri itu, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang dikatakan telah meletakkan jawatan melalui surat tidak bertarikh yang telah ditandatangani oleh mereka selepas pilihan raya Mac 2008. Ekoran itu, Nizar menurut sumber memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak Istana dan rancangan kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin dan Changkat Jering yang diwakili oleh Osman. Sehingga tengahari ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan baik oleh pihak Istana mahupun kerajaan negeri berhubung dengan pertemuan yang berlangsung itu.

Terdahulu, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pilihan Raya Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini berhubung dengan surat ' letak jawatan' Jamaluddin dan Osman. Surat itu adalah surat tak bertarikh yang ditandatangi mereka selepas pilihanraya umum Mac lalu. Bagaimanapun kedua-dua wakil rakyat berkenaan menafikan mereka telah meletakkan jawatan dan mencabar kesahihan surat berkenaan. Sivakumar difahamkan pada pertemuan itu telah menyerahkan surat makluman mengenai pengosongan kedua-dua kerusi DUN berkenaan dan mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. SEMENTARA ITU Jamaluddin dan Osman dijadual akan mengadakan sidang akhbar di dua tempat berasingan di Selangor petang ini.- 2/2/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

, , , ,