Facebook pejuang tokgajah46

Khamis, Februari 05, 2009

UMNO DAN PAS MENUJU TITIK PERTEMUAN



Dari kekalutan dan kemelut yang berlaku di Perak, kemungkinan besar PAS akan mempertimbangkan saranan untuk bergabung dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti Melayu dan Islam yang mantap. Apa lagi yang PAS harapkan dari PR (Baca: Penipu Rakyat)? Janji-janji DS Anwar nyata kosong belaka. Mana 16 September? Satu demi satu pembohongan DS Anwar terbongkar - maka terserlah penipuannya yang memalukan. Ibaratkan sehelai demi sehelai pakaiannya dilucutkan - lalu menyerlahkan ..malu..nya.

Apapun yang berlaku, yang nyatanya adalah kuasa melayu semakin terhakis dan hak ketuanan melayu telah sedikit demi sedikit tergadai. Sanggupkah PAS membiarkan ini berlaku didepan mata sedangkan PAS adalah sebahagian dari melayu itu sendiri? Jika pemimpin-pemimpin PAS benar-benar berjuang demi rakyat, agama Islam dan bangsa melayu maka jalan terbaik adalah kembali semula ke asal @ kembali bergabung dengan UMNO.

Beberapa hari lepas saya menulis tentang itu. (Klik disini untuk baca)
Kita minta hati pemimpin-pemimpin kita dibukakan Allah dan dapatlah mereka semua duduk semeja dan berbincang tentang politik dan masa depan melayu yang semakin hari semakin kelam. Dalam politik, walau apa yang berlaku diantara kedua-dua parti ini, yang menang adalah ahli-ahli politik dan yang sentiasa kalah adalah rakyat yang jadi penyokong parti-parti mereka.

Tidakkah kita sedar bahawa ada tangan-tangan ghaib yang melagakan kita sesama melayu? Tidakkah kita melihat bahawa apa yang sedang berlaku ini melemahkan bangsa dan agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa ada bangsa lain yang sedang mentertawakan kita sambil mendapat faedah dari kecelaruan fikiran dan permusuhan sesama kita?

UMNO dan PAS harus melakukan sesuatu yang positif kearah ini. Kita sesama Melayu. Kita sesama Islam. Bersembahayang menghadap kiblat yang sama. Kenapa ada permusuhan? Kenapa kita terlalu menonjolkan perbezaan? Bukankah kita patut mencari sebanyak mungkin persamaan? Kita bergerak atas satu garisan dari berbagai penjuru. Kita menuju ke satu perbarisan, dimana ada titik nokhtah disitu kita bertemu dan berhenti.

Saya percaya bahawa pemimpin-pemimpin kita sedang mencari titik pertemuan itu!


Baca tajuk lain yang membuatkan kita berfikir bahawa perlunya UMNO dan PAS bersatu;

Senjata makan tuan

Perak mahu adakan Pilihan Raya mengejut.

PR Perak bergelumang taktik kotor

Teori lompat katak