Facebook pejuang tokgajah46

Jumaat, Februari 13, 2009

UMNO DAH BERUBAH DAN SUDAH BERSIH?


Gambar hiasan

Setiap hari kita di laungkan oleh para pemimpin atasan supaya UMNO segera berubah.

Berubah cara bagaimana kah yang di maksud kan oleh para pemimpin atasan itu?
Adakah berubah cara gaya hidup? atau berubah perwatakan? atau berubah pemikiran? atau kesemua nya sekali?

Sejauh manakah penerimaan UMNO diatas saranan para pemimpin ini yang sudah di laksana kan? Adakah UMNO sudah mula berubah?

Sebenar nya UMNO MASEH TIDAK BERUBAH! Masih berada di takuk yang lama. Para pemimpin2 nya juga masih ramai lagi terdiri dari 'orang lama'.

Bukan mudah bagi UMNO untuk berubah dalam masa yang singkat. Mungkin UMNO akan boleh berubah dalam masa 10 atau 20 tahun lagi. Menunggu masa itu mungkin UMNO sudah hancur lebur.

Pada pandangan kebanyakan rakyat, pemimpin2 UMNO yang ada pada hari ini hampir semua nye 'kelabu', malahan ada juga yang dah 'hitam legam'. Selagi masih ada pemimpin2 UMNO yang 'kelabu dan hitam' ini dalam UMNO, UMNO akan terus tidak di terima oleh sebahagian rakyat Malaysia.

Sekarang UMNO sedang menghadapi dan menempuh jalan sukar pada setiap PRK yang diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi. Ini terjadi kerana sokongan kaum bukan melayu terhada Barisan Nasional sudah terhakis. Kaum melayu juga sudah terbahagi kepada 3 kumpulan - UMNO, PAS dan PKR. Hanya 1 bahagian sahaja yang menyokong UMNO. PAS dan PKR menyokong Pakatan Rakyat. Sekarang UMNO cuma bergantung kepada jumlah bilang melayu dan bukan melayu yang masih menyokong BN sahaja.

Tugas berat UMNO ialah mengambil hati kaum bukan melayu yang telah meninggalkan BN. Dan seterus nya memikat lebih ramai melayu kembali menyokong UMNO.

Cara mengambil hati dan memikat dengan janji pembangunan, kemajuan, keamanan dan kemewahan sudah tidak mereka terima lagi.