Facebook pejuang tokgajah46

Khamis, Februari 05, 2009

Hantar ke Facebook Cetak Beritahu Kawan

Kerajaan Perak digulingkan, BN sedia bentuk kerajaan baru

04 Feb 2009 6:34PM PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan.

Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini. / Mstar


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini. Foto: Mstar