Facebook pejuang tokgajah46

Rabu, Februari 04, 2009


BN bentuk k'jaan baru Perak
Feb 4, 09 3:51pm

5:35pm Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.


5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.

Nasaruddin menafikan beliau "diculik" seperti dakwaan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.


4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.


3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.


kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik". test

Lagi berita ...